Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#FoodiesLife: Bagai Pinang Dibelah Dua! Häagen-Dazs & Pierre Hermé Bawakan Keunikan Perancis Ke Malaysia

Amri Hassan
24/06/2023 14:55 MYT
Kini anda tidak perlu ke Perancis untuk menikmati Koleksi AisKrim Macaron terbaharu dari pembuat aiskrim mewah Häagen-Dazs dan chef pastri tersohor di dunia Pierre Hermé.

Untuk meraikan usahasama ini, Häagen-Dazs bakal mengadakan kempen scoop percuma di rangkaian Häagen-Dazs Sunway Velocity Mall dan Autocity, Pulau Pinang!

“Saya amat teruja dapat bekerjasama dengan Häagen-Dazs untuk menghasilkan rangkaian baharu ini. Sepanjang dua puluh tahun dalam bidang ini, saya sentiasa mencipta dan menginterpretasikan resipi macaron saya kerana ia merupakan saluran kreatif kegemaran saya.

"Samada tekstur, persembahan ataupun kemungkinan untuk saya mengekspresikan ‘rasa’, macaron menyediakan ruang yang ideal untuk saya menonjolkan kreativiti,” kata Pierre Hermé.

Kombinasi aiskrim ikonik!

Koleksi Aiskrim Macaron ini merupakan kombinasi hasil kerja Pierre Hermé dan jenama aiskrim ikonik Häagen-Dazs yang tercipta sebagai pencuci mulut musim panas. Koleksi ini membawakan tiga perisa unik yang menggabungkan kulit macaron mini yang rangup dan kenyal dengan ais krim yang luar biasa.

Gabungan ini menghasilkan harmoni diantara rasa hebat ais krim Häagen-Dazs dan macaron perisa badam Pierre Hermé yang mempunyai rasanya yang tersendiri.

Rangkaian ini membawakan tiga perisa ais krim yang berbeza, termasuk: Strawberry & Raspberry sebagai kemanisan musim panas, personifikasi pencuci mulut Perancis dengan perisa Double Chocolate Ganache, dan gabungan masam dan manis Yuzu and Lemon.

Nantikan menu istimewa untuk masa yang terhad di kedai Häagen-Dazs berdekatan anda, yang menyediakan resipi eksklusif bersempena kolaborasi bersama Pierre Hermé!



Parfait Macaron
Lengkapkan janjitemu anda dengan parfait Strawberry & Raspberry atau Double Chocolate Ganache. Parfait ini akan digabung enak dengan ais krim Raspberry Sorbet atau Salted Caramel, kulit macaron rangup, sos atau coulis, krim putar dan topping.

Kon Macaron Kiss
Tiada pengalaman yang lebih menarik dari menikmati Kon Macaron Kiss Häagen-Dazs! Pilih perisa aiskrim macaron dan padankan dengan sorbet atau ais krim dan tambah kepingan macaron, coulis atau sos. Jika anda mencari sesuatu yang cantik untuk dipandang dan sempurna untuk dimuat naik ke Instagram, inilah hidangannya!

Crush, Frappe atau Smoothie, atau ketiga-tiganya!
Häagen-Dazs turut menawarkan minuman edisi-terhad di kedainya pada musim ini bersempena perisa ais krim macaron terbaharu! Pilih Yuzu Macaron Crush untuk rasa masam dan sitrus, pilihan yang menyegarkan untuk kekal dingin pada musim panas. Mereka yang meminati pilihan yang manis boleh menikmati Berry In Love Macaron Smoothie untuk merasai gabungan enak buah beri dengan ais krim dan sorbet ditambah dengan strawberi segar. Untuk pilihan yang mewah dan rasa yang hebat, pilih Frappe Mocha Macaron dan nikmati hasil gabungan ais krim, sos coklat fudge dan Salted Caramel Cappucino dicampur dengan kopi ais. Kesemua minuman dari menu ini telah dihiasi dengan kulit macaron!



Koleksi La Vie En Rose
Jatuh cinta dengan pencuci mulut La Vie En Rose, hidangan eksklusif serantau yang boleh dikongsi! Pencuci mulut yang enak ini menghidangkan perisa hebat dengan kek mini ais krim di bahagian tengah, dihias dengan ais krim Strawberry & Raspberry Macaron dan Raspberry Sorbet, kulit macaron rangup dan strawberi segar.

Raikan dengan Le Macaron Cakes!
Kongsikan kenikmatan rasa Le Macaron Cakes yang hadir dengan dua gabungan perisa kegemaran: Double Chocolate Ganache Macaron dan Cookies & Cream; dan Strawberry & Raspberry Macaron dan Raspberry Sorbet. Bukan sahaja enak, ianya juga hidangan pencuci mulut yang menarik, kek ini dihiasi indah dengan kulit macaron dan kemasan berkilat. Jadikan pengalaman musim panas anda lebih baik tahun ini dengan Le Macaron Cakes!

Acara Scoop Percuma
Tandakan tarikh 15 hingga 30 Jun di kalendar anda untuk hadir ke acara scoop percuma di Sunway Velocity Mall dan Outlet Autocity, Pulau Pinang, sementara stok masih ada!

Untuk mendapatkan scoop percuma:
● Layari Instagram @haagendazsmy
● Gunakan filter “Which Macaron Ice Cream Flavour Are You”
● Kongsikan jawapan dan tag @haagendazsmy melalui Instagram Stories
● Kemukakan Instagram anda kepada staf kedai Häagen-Dazs untuk menebus scoop percuma berdasarkan kisah Instagram anda!

Untuk lokasi kedai dan maklumat lanjut, sila layari @haagendazsmy di Instagram atau layari laman sesawang Häagen-Dazs di haagendazs.com.my/shop/
#Perancis #Kek #Aiskrim #Haagen-Dazs #Foodies Life #Pierre Herme
;