Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#Foodieslife: Fail Buat Cekodok? Guna Air Panas Macam Ni Gerenti Jadi, Know-Know Siap! Makan Sambil Tonton Kampung Latah Memang Onz!

Mya Amri
18/09/2021 12:49 MYT
Eleh buat cekodok pun tak pandai? Amboi sedapnya awak mengata kita. Hey, bukan semua orang tahu cara atau resipi tertentu untuk membuat cekodok jadi lembut, rangup dan sedap tau.

Kalau tersalah langkah silap-silap cekodok boleh jadi terlalu lembut, lembik atau keras tau. Nak tak nak kena pasrah je makan hehehe.

Sebab itulah dalam penyediaan makanan kita kena sentiasa rajin mencuba pelbagai resipi atau cara masakan supaya menjadi lebih baik. Ha silap-silap boleh sedap macam cef tau. Ader?

Okay kali ini #Foodieslife ingin berkongsi resipi mudah, rasanya semua orang pun boleh buat kalau ikut langkah-langkah yang diberikan ini.

Resipi ini sesuai untuk dibuat bila-bila masa, nak lagi best makan sewaktu menonton filem Kampung Latah Kena Kuarantin, memang feel habis! Cerita best, perut pun kenyang kan.

Di sini #Foodieslife kongsikan resipi cekodok gebu gebas yang dikongsi oleh Rara Ghaz atau lebih love dipanggil Kak Rara gituh kan.

Terima kasih Kak Rara kongsi resipi ni siap dengan gambar pula tu, #Foodieslife dah cuba dan memang menjadi guys! Tak cukup pula tu heheh.


Resepi sukatan agak-agak:

Tepung gandum

Bawang

Ikan bilis

Daun bawang

Sayur yang disukai (sis letak carrot dan jagung)


Cara-cara:

1. Siapkan semua bahan macam dalam mangkuk biru tu.

2. Ambil satu mixing bowl, bubuh tepung gandum. Bubuh garam, gaul rata. Selepas itu bubuh semua bahan dari mangkuk biru. Sambil tu jerang air panas sikit.

3. Kacau rata sampai semua diselaputi tepung. Ingat, kita newbie jangan derhaka part ni.

4. Dah elok semua, amik air panas tadi dan siram sikit pastu gaul, siram gaul, siram gaul sampai jadi kental macam dalam video tu.

5. Kemudian goreng lah macam biasa.



Selamat mencuba!

Jadi korang pun jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin bermula 9 September di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).

Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!

#Resipi mudah #FoodiesLife #Cekodok #Kampung Latah Kena Kuarantin #Cekodok Air Panas
;