Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

#FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"

Amri Hassan
15/10/2024 14:18 MYT
Good Foodie Media Sdn Bhd, dengan kerjasama Maybank dan Payments Network Malaysia (PayNet) telah mengumumkan pelancaran Foodie Hawker Awards 2024, sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia, bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.

Kata Nicholas Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif Good Foodie Media, Lim Pinn Yang, Foodie Hawker Awards akan menjadi komitmen jangka panjang untuk memperkasa industri makanan tempatan yang meriah di Malaysia.

"Kami telah membantu PKS & penjaja untuk mempromosikan perniagaan mereka dalam talian, dan anugerah pengiktirafan adalah sesuatu yang saya ingin lakukan untuk industri F&B di Malaysia.

"Ia akan menjadi anugerah untuk rakyat Malaysia, dari rakyat Malaysia," tambahnya.

Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar, berkata bahawa Maybank sentiasa aktif membantu penjaja tempatan dan perniagaan kecil berkembang melalui pelbagai inisiatif, seperti platform dalam talian tanpa komisen, Sama-Sama Lokal.

"Melalui pemerkasaan penjaja kami dengan QRPay di aplikasi MAE, kami mencipta ekosistem pembayaran tanpa tunai yang lancar yang akan membantu mengembangkan pangkalan pelanggan mereka.

"Sehingga hari ini, kira-kira 750,000 peniaga Malaysia menawarkan pembayaran tanpa tunai dengan QRPayBiz Maybank, di mana hampir separuh adalah PKS mikro.

"Kolaborasi ini juga akan diadaptasi dengan ciri rentas sempadan untuk pelancong dari Thailand, Singapura, China dan Indonesia. Dengan berjuta-juta pelawat setiap tahun dari negara-negara ini, QRPay akan menjadi pengubah permainan kewangan, untuk menyokong PKS mikro dan memacu transformasi digital," tambah Taufik.

engarah Kanan Bahagian Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor, menyatakan kerjasama ini mengukuhkan komitmen kami untuk memacu transformasi digital dan keterangkuman kewangan dalam kalangan PKS mikro.
"Dengan integrasi DuitNow QR, kami berhasrat untuk memperkasa penjaja tempatan, meningkatkan operasi perniagaan dan memperluas pangkalan pelanggan mereka.

"Di samping itu, ini juga akan menggalakkan adaptasi pembayaran tanpa tunai dalam kalangan PKS mikro, sekaligus meningkatkan peluang jualan dan pendapatan mereka. Secara kolektif, selain meraikan kepelbagaian dan keunikan makanan, kami juga memupuk ekosistem perniagaan tempatan yang berdaya maju, terhubung, dan mampan melalui pemerkasaan digital di Malaysia," ujarnya.

Food Hawker Awards 2024 bertujuan meraikan dan mengangkat industri makanan tempatan dengan pengumpulan undian daripada orang ramai bagi penjaja makanan kegemaran mereka.

Pemenang anugerah ini akan ditentukan melalui undian awam, di mana setiap pengundi hanya boleh mengundi satu penjaja sahaja bagi setiap negeri yang terlibat.

Kempen ini berlangsung dari 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024 dan para pemenang akan diraikan dalam satu majlis anugerah pada Januari 2025. Anugerah ini terbuka kepada semua peniaga makanan dan minuman yang beroperasi sebagai ‘penjaja’ - termasuklah gerai tepi jalan, gerai makanan pasar, kedai kopi tradisional, dan trak makanan di seluruh negara.

Untuk menyertai, penjaja mestilah sama ada peniaga Maybank QRPayBiz sedia ada atau daftar akaun Maybank QRPayBiz, dengan minimum 200 transaksi MAE QRPay sepanjang tempoh kempen.

Peniaga yang mengambil bahagian akan disenaraikan di laman web Foodie Asia untuk diundi oleh rakyat Malaysia. Semua peserta juga akan menerima pelekat "Featured on Foodie Hawker Awards 2024" untuk dipamerkan di gerai mereka.
Tambahan lagi, peniaga terpilih berpeluang mendapat publisiti percuma di media sosial Foodie Asia dan Maybank, serta dalam sebarang kempen promosi ad-hoc yang dijalankan oleh MAE oleh Maybank2u.

Dari 15 September hingga 31 Disember tahun ini, pelanggan yang berbelanja minimum RM8 dengan Scan & Pay di aplikasi MAE di gerai yang dipaparkan dalam Foodie Hawker juga akan mendapat diskaun RM2 dengan menggunakan kod promo "MAEFHA2".
#Viral #Gaya Hidup #Makanan #Anugerah #Penjaja #Foodies Life #Pinn Yang #Foodie Hawker Awards
;