Jika sebelum ini ikan siakap menjadi popular, kali ini giliran sotong pula yang merampas takhta.

Tidak dinafikan masakan di restoran mamak merupakan antara tempat makan kegemaran rakyat Malaysia.

Walaupun hanya hidangan ringkas seperti nasi putih, ayam goreng dan kubis goreng sudah cukup menjadi pembuka selera.

Belum dikira dengan pelbagai hidangan sotong popular antaranya sotong berempah, kari sotong dan kari telur sotong.

Kali ini #Foodieslife ingin berkongsi resepi kari sotong letop ala mamak, mana tahu korang boleh masak untuk lunch esok kan?


Bahan-bahannya:

500gm sotong

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 paket rempah kari ikan

2 tangkai daun kari

1 sudu makan halba campur

Air asam jawa secukupnya

1 tangkai cili merah

1 sudu makan cili kisar / serbuk cili

Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Bawang putih dan bawang besar dikisar halus, ke tepikan

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis seketika halba campur.

3. Kemudian masukkan daun kari. Tumis lagi hingga naik bau.

4. Masukkan bahan kisar, tumis sekejap hingga wangi.

5. Kemudian masukkan cili kisar atau serbuk cili, kacau rata.

6. Seterusnya masukkan rempah kari ikan, kacau sebati.

7. Tuang sedikit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

8. Bila tumis dan sudah pecah minyak, masukkan garam, perasa dan sedikit gula.

9. Masukkan pula air asam jawa. Kacau air hingga rata.

10. Bila rempah sudah mereneh, masukkan sotong.

11. Tutup kuali seketika agar sotong masak dengan sempurna. Tapi pastikan tidak dimasak lama sangat ya untuk elakkan sotong menjadi keras.

12. Masukkan hirisan cili merah dan renehkan seketika.

13. Tadaaa! Kari sotong mamak sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba guys!

Sumber: Rasa.my