Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#Foodieslife: Ibu Bapa Tolong Alert! Cegah Anak Tercekik, Ini Tips Potong Buah

Mya Amri
12/12/2021 12:05 MYT
Antara perkara yang paling menakutkan ibu bapa adalah berdepan dengan insiden anak tercekik.

Jangan ambil mudah kerana tercekik boleh dikatakan sebagai salah satu penyebab kematian tidak disengajakan dalam kalangan kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak tercekik ia akan mengakibatkan gangguan dalam aliran udara ke paru-paru dan akan menyebabkan mereka tidak boleh bernafas dengan lancar.

Sebelum ini, kita juga pernah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dikejarkan ke hospital kerana alami sesak nafas selepas tercekik sebiji buah anggur.

Berita ini juga turut mendapat perhatian Public Health Malaysia.

Menurut laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, walaupun nampak lembut dan kecil namun buah anggur suduh cukup untuk menyendal saluran pernafasan kanak kanak.

“Mangsa ini bernasib baik kerana masih terdapat sedikit ruang udara untuk menyalurkan tiub pernafasan.

“Pembedahan telah dilakukan untuk mengeluarkan buah anggur tersebut,” maklumnya.

Disebabkan insiden itu juga, Public Health Malaysia berkongsi tips cara memotong buah dengan betul untuk mengellakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Ibu bapa sila alert, ini amat penting buat anda semua.

Berikut merupakan cara-cara pemotongan.

Apa yang utama adalah pastikan buah-buahan di potong secara memanjang dan bersaiz kecil.



#Foodieslife harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat pembaca.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!

#Tercekik #Kanak-Kanak #Buah #Anggur #FoodiesLife #Buah-Buahan #Kanak-Kanak Tercekik #Tips Elak Tercekik
;