Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#FoodiesLife: Influencer Luar Negara Kagum Dengan Makanan Malaysia - “Tiada Hidangan Di Dunia Seperti Ini”

Firdaus
28/11/2023 11:55 MYT
“Tiada makanan di dunia seperti di Malaysia,” itulah kenyataan yang dibuat oleh seorang pempengaruh luar negara apabila dia terpesona dengan hidangan-hidangan yang boleh didapati di negara ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, influencer yang dikenali sebagai @theveggiesontour mempamerkan makanan-makanan Malaysia seperti Roti Canai, Roti Jala dan Mee Goreng yang disifatkan sebagai mempunyai pengaruh dari semua bangsa yang berada di negara ini.

“Tiada makanan di dunia seperti di Malaysia. Apa yang membuatkan Malaysia istimewa ialah Malaysia antara salah sebuah negara yang didiami oleh berbagai bangsa.

“Malaysia mempunyai bangsa seperti Melayu, Bumiputera (Sabah dan Sarawak), Cina dan India, semua bangsa ini mempengaruhi budaya makanan yang membuatkan negara ini mempunyai hidangan yang sangat menarik,” ujarnya.

A post shared by Veggies On Tour (@theveggiesontour)

Kenyataan itu disambut baik warganet di mana rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pempengaruh tersebut.

“Betul, saya dan kawan saya berlainan bangsa dan banyak benda yang boleh diperkatakan tentang makanan, ia menyatukan kita semua,”

“Setuju sangat. Nak apa semua ada,”

“Setuju! Sebab makanannya bercampur dari segi budaya.”

PILIHAN PEMBACA: #FOODIESLIFE: Pizza Dengan Topping Daging Ular Diperkenalkan Di Hong Kong

Sekadar info, @theveggiesontour merupakan pasangan Pat dan Guilia dari London, United Kingdom. Mereka mula membuat konten berkaitan pelancongan dan makanan di seluruh Malaysia setelah tersangkut di negara ini akibat daripada pandemik Covid-19.

Pat dan Guilia turut meneroka dan mengulas tentang makanan istimewa di Malaysia seperti Roti Canai termahal di Kuala Lumpur iaitu di Restoran Nipah, Mee Kolok Sarawak dan banyak lagi.

Selain konten di Malaysia, Pat dan Guilla turut melancong ke negara lain seperti Indonesia dan Thailand.

Sumber: Instagram

#Viral #Malaysia #Makanan #FoodiesLife
;