Laman Utama

#FoodiesLife: Jangan Guna Ja, Kena Juga Ambil Tau! Ini 7 Tips Untuk Elak Air Fryer Cepat Rosak

gempak
Zulaikha Yusof
21/03/2021
04:52 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: Jangan Guna Ja, Kena Juga Ambil Tau! Ini 7 Tips Untuk Elak Air Fryer Cepat Rosak
Air fryer boleh dikatakan satu perkakas elektrik yang wajib untuk dimiliki di dapur.
Mengikut kajian, air fryer mampu menjaga kesihatan kita memandangkan alat memasak ini menggoreng tanpa menggunakan minyak.
Tapi kena ingat, air fryer pun ada pantang larang. Bukan apa, untuk memastikan air fryer boleh diguna lebih lama dan tidak cepat rosak.
#FoodiesLife kongsikan tujuh tips yang boleh diamalkan untuk semua jenama air fryer:
#1 Pastikan Tempat Letak Air Fryer Keras & Rata
Pastikan air fryer diletakkan di tempat keras dan rata. Ini penting dan paling utama sekali bagi mengelakkan bunyi gegar atau bising apabila kipas air fryer berpusing.
#2 Jaga Jarak Dengan Dinding
Pastikan air fryer berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. Bahagian compartment air fryer boleh cair jika berlaku pantulan haba.
#3 Jangan Tutup Suis Semasa Sedang Masak
Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, tarik dan keluarkan loyang tersebut. Pemanasan akan terhenti dan tutup suis. Biarkan minit kembali ke angka 0 dengan sendiri.
#4 Elak Guna Bahan Ringan & Mudah Terbang
Di dalam air fryer ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas contohnya kertas pelapik dan kulit popia.
#5 Jangan Terus Basuh
Biar sejuk dulu.. Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas kerana akan membuatkan nonstick cepat tertanggal.
Setiap kali basuh, guna sahaja sabun biasa dan berus lembut. Kalau ada sisa makanan yang melekat, biarkan direndam dahulu.
#6 Elakkan Ada Air Dalam Air Fryer
Peringatan untuk penggemar maggi, air fryer tak sesuai digunakan untuk memasak makanan kegemaran anda.
#7 Jangan Simpan! Rajinkan Diri Masak
Ini tips paling berharga! Sekiranya tidak digunakan, sudah pasti lama-kelamaan ada bahagian yang rosak atau berkarat tanpa disedari.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota: #FoodiesLife adalah kolum baharu yang diperkenalkan oleh Astro Gempak. Ia merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja. Kalau nak tahu apa topik yang menjadi pilihan, nantikan pada hari Ahad. Selamat membaca dan terima kasih kerana memberi sokongan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live