Laman Utama
#Foodieslife: Kalau Air Badak Macam Mana Pula? Ini List Makanan Popular Yang Ada Nama
Baru-baru ini kecoh isu terhadap penggunaan jenama Timah iaitu produk arak keluaran tempatan.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai mengenai produk tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Kenyataan yang mendakwa penggunaan nama Timah sebagai jenama minuman arak amat mengelirukan dan secara tidak langsung membayangkan seperti ‘meminum’ wanita Melayu itu dilabelkan sebagai kurang bijak oleh warganet.
Advertisement
Isu itu juga turut mendapat perhatian ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tampil berseloroh dengan jenama makanan yang menggunakan nama manusia.
“Jadi, boleh ke saya makan coklat Daim? Boleh ke saya minum susu Dutch Lady?
“Atau adakah saya 'makan' Tun Daim Zainuddin atau 'minum' perempuan Belanda,” usiknya menerusi ciapan di Twitter.
….So can i eat Daim Chocolate?
….Can i drink Dutch lady milk?
Or am i “eating” Tun Daim or “drinking” dutch women ? https://t.co/swU0Q1odxw— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 28, 2021
Disebabkan isu ini juga #Foodieslife melihat ramai yang mula menyenaraikan makanan yang mempunyai nama-nama tertentu.
Rata-ratanya juga membuat troll adakah mereka juga menukar kesemua nama makanan tersebut?
Tidak kurang juga ada yang berseloroh seperti “kalau air minuman cap badak adakah rasanya seperti meminum badak?”.
Bagaimanapun, Rusnah Aluai telah membuat permohonan maaf berhubung ucapannya di Parlimen mengenai isu Timah.
Menurut beliau, ucapannya telah disalah tafsir meskipun niat asalnya adalah untuk memastikan tidak timbul kekeliruan berkait dengan jenama tersebut.
Jadi di sini #Foodieslife kongsikan senarai makanan popular yang ada menggunakan nama.
#Ramly Burger
#Nasi Bukhari
#Roti John
#Yusuf Taiyoob
#Mee Mamak
#Jeruk Madu Pak Ali
#Tongkat Ali
#Air Badak
#Kopi Mansur
#Aunty Anne
#Roti Boy
#Coklat Daim
#Kacip Fatimah
#Dutch Lady
Banyak rupanya makanan yang menggunakan nama kan? Hehehe
Kredit foto: Google, Twitter
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!
Must-Watch Video