Laman Utama
#Foodieslife: Kenapa Kita Kerap Buang Air Kecil Lepas Minum Kopi?
Pernah atau tidak anda mengalami kekerapa membuang air kecil sebaik sahaja minum kopi? Bahkan, ada yang mengalami kekerapan buang air kecil lebih tinggi berbanding ketika minum air putih dalam jumlah yang sama. Mengapakah hal ini boleh berlaku?
Gregory Quayle, seorang ahli urologi bertauliah dari American Board of Medical Specialities menjelaskan, kopi adalah salah satu minuman yang bersifat diuretik. Sifat diuretik itu yang membuat peminum kopi kerap buang air kecil berbanding ketika minum air putih dalam jumlah serupa.
Hal ini kerana, kopi mengandungi bahan aktif yang menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak air kencing. Bahan tersebut adalah kafein.
"Diuretik merupakan sejenis bahan yang meningkatkan aliran air kencing dengan mengeluarkan natrium dan klorida dari dalam tubuh," katanya.
Tahap natrium dan klorida dari badan seterusnya menarik lebihan air dalam badan, lalu dikumuhkan dalam bentuk air kencing. Kafein inilah yang menjadikan jumlah air kencing meningkat selepas kita minum kopi.
"Dengan kata lain, kafein menghalang penyerapan semula natrium dalam badan, yang mengakibatkan lebih banyak air kencing," jelas Quayle.
Seperti yang dilaporkan oleh Purewow, terdapat beberapa minuman yang juga mempunyai kesan diuretik selain kopi.
Beberapa minuman diuretik semulajadi termasuk minuman dengan campuran jintan manis, teh hijau, teh hitam, teh pasli, hingga minuman yang diperbuat daripada bunga dandelion.
Kredit foto: Kompas dan Kaffee Meister (Unsplash)
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!