Siapa tak mahu badan cantik dan sihat kan? Tak kiralah sama ada anda mahukan badan berotot ataupun langsing, perkara yang paling utama adalah menjaga pemakanan.

Namun, ia tidak mudah dilakukan kerana terlampau banyak mitos yang tersebar di media sosial sehinggakan timbul kekeliruan.

Salah faham ini selalu berlaku dalam masyarakat kita, jadi kali ini #FoodiesLife senaraikan mitos yang dipercayai ramai orang:

#1 Lobak Merah Baik Untuk Mata



Lobak merah bagus untuk tajamkan penglihatan mata kita?

Menurut kajian yang dilakukan, sayuran hijau sebenarnya lebih elok untuk tajamkan penglihatan daripada lobak merah.

Sayuran hijau terbukti lebih efektif untuk menajamkan dan mencerahkan mata.

#2 Susu Untuk Kekuatan Tulang



Ini adalah salah satu manfaat susu yang sering kita dengar.

Pakar nutrisi meneliti bahawa ada banyak lagi sumber makanan yang mampu memberikan pengaruh untuk kesihatan tulang.

#3 Telur Meningkatkan Kolesterol



Sebiji telur telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan rakyat di Malaysia kerana mengandungi hingga 200 miligram kolesterol.

Faktanya, mengambil makanan yang berkolesterol tidak serta merta akan meningkatkan kadar kolesterol seperti yang dibayangkan.

Menurut kajian, hanya sekitar 30% sahaja orang akan mengalami kenaikan kadar kolesterol setelah mengambil makanan yang berkolesterol.

#4 Makan Selepas 8 Malam Boleh Tambah Berat Badan



Ramai yang beranggapan bahawa makan selepas 8 malam boleh menyebabkan berat badan bertambah.

Sebenarnya bukan waktu yang menjadi masalah tetapi disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan.

Orang ramai cenderung untuk makan berlebihan kerana tidak makan makanan berkhasiat pada waktu siang. Jadi bila malam, akan makan snek itu yang berat badan naik.

#5 Diet Tak Boleh Makan Makanan Berlemak



Ini adalah mitos dan salah sama sekali!

Tubuh badan kita pun memerlukan lemak kalau nak diet. Dalam diet, lemak boleh didapati dari kacang, biji-bijian dan dari ikan yang tertentu.

Masa diet bukan tak boleh ambil makanan berlemak langsung, tetapi dalam keadaan yang terkawal.

#6 Ibu Hamil Tak Boleh Makan Nanas



Nanas dan makanan sejuk yang lain seperti tembikai, kobis dan timun adalah antara makanan terlarang di kalangan wanita hamil di Malaysia.

Ini mungkin disebabkan khuatir berlakunya keguguran, pendarahan yang banyak ketika bersalin atau anak yang bakal dilahirkan nanti ada kecacatan.

Secara umumnya, nanas selamat dimakan semasa kehamilan.

#7 Tak Boleh Minum Air Berais Masa Haid



Pernah tak dengar tentang minum ais saat haid akan menjadi punca berlakunya cysts dan kanser?

Menurut Pakar Onkologi dan gyneakologi, larangan tersebut hanyalah mitos dan mengarut semata-mata kerana cysts dan kanser tiada kaitan dengan minuman berais.

Cysts dan kanser berpunca dari gaya hidup yang tidak seimbang dan tidak sihat.

#8 Kicap Penyebab Parut & Luka Jadi Hitam



Kicap tidak menyebabkan pembentukan melanin pada kulit wajah. Tidak ada kaitan sama sekali antara warna makanan dan bekas luka.

Warna kicap sememangnya hitam tetapi berbeza dengan warna pigmentasi atau parut wajah. Tidak ada masalah untuk menggunakan kicap dalam makanan harian kerana ia meresap masuk ke darah melalui usus yang mana ia langsung tidak memberi kesan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota: #FoodiesLife adalah kolum baharu yang diperkenalkan oleh Astro Gempak. Ia merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja. Kalau nak tahu apa topik yang menjadi pilihan, nantikan pada hari Ahad. Selamat membaca dan terima kasih kerana memberi sokongan.