Hujung tahun cukup sinonim dengan keraian acara perjumpaan keluarga, selain sambutan Hari Krismas dan juga kenduri kahwin.

Tentulah, di sebalik acara-acara ini, pastinya tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan.

Tidak salah untuk menjamu selera, tapi harus beringat yang tubuh juga perlu dijaga. Nah, ini empat cara bagaimana menahan diri daripada terlebih makan ketika diundang ke acara yang fokus utamanya adalah makanan:

Kerap bersenam
Cara pertama untuk menjaga atau bahkan menurunkan berat badan adalah melakukan aktiviti senaman dengan teratur. Meningkatkan aktiviti senaman sepanjang musim cuti dapat membakar kalori berlebihan. Sebagai contoh, jika biasanya kamu hanya bersenam 20 hingga 30 minit setiap hari, tambah durasi menjadi 40 hingga 50 minit.

Jangan hadiri majlis dalam keadaan lapar
Sebelum pergi ke sebarang acara, lapik perut dengan snek sihat seperti buah atau kacang. Setibanya ke majlis, jangan terus menghampiri meja makanan. Sebaliknya, kenali dulu rasa lapar yang dimiliki dan lihat makanan apa yang disediakan. Mengenal pasti makanan yang ada akan membantu kita mengambil pilihan makanan yang lebih baik.

Banyakkan makan sayur dan buah
Makanlah buah dan sayuran tujuh hidangan atau lebih sehari sebagai ‘snek’ untuk membantu mengisi perut tanpa meningkatkan jumlah kalori dalam tubuh. Buah dan sayuran mengandung kalori yang sedikit, sementara nutrisinya lebih banyak. Serat pada buah dan sayuran akan memberi rasa kenyang lebih cepat daripada snek ringan lain.

Cheating sesekali tak mengapa
Tidak ada masalah dengan cheating atau ambil makanan manis dan berlemak. Namun, seimbangkan pengambilan makanan dengan mengurangi total kalori atau membakar kalori lebihan dengan senaman. Jadi, ketika kamu makan kek hari ini, esok harinya kamu harus bersenam sehingga kalori dalam tubuh dibakar dengan baik.

Foto kredit: Stefan Vladimirov (Unsplash)

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.