Laman Utama

#Foodieslife: Makanan & Minuman Ini Boleh Menyebabkan Bibir Kering & Pecah-Pecah, No. 2 Paling Tak Sangka!

gempak
Izwan Isa
20/02/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: Makanan & Minuman Ini Boleh Menyebabkan Bibir Kering & Pecah-Pecah, No. 2 Paling Tak Sangka!
Pasti ada antara kita yang berpendapat bahawa keadaan kulit bibir kering adalah disebabkan oleh persekitaran yang panas dan kekurangan kelembapan di bahagian yang terdedah.
Namun, tahukah anda ada beberapa jenis makanan yang turut menyumbang kepada masalah ini?
Makanan pedas dan panas
Makanan pedas mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai capsaicin. Bahan kimia ini berupaya menyebabkan sejenis iritasi yang boleh mengganggu skin barrier atau penghalang kulit.
Jika terdedah dengan bahan ini, bibir anda akan menjadi kering. Tambahan pula, makanan pedas biasanya akan membuatkan kita menjilat bibir berulang kali, menjadikan kulit bibir bertambah kering!
Kopi
Percaya atau tidak, kopi juga merupakan antara penyebab kepada masalah kekeringan pada bibir. Ahli Gastroenterologi, Will Bulsiewicz menerusi podcastnya berkata, jika anda mengalami masalah bibir kering, perhatikan pengambilan kopi anda. Barangkali anda sudah minum minuman tersebut lebih daripada yang sepatutnya.
Dalam pada itu, kopi juga bersifat diuretik, sekaligus menyebabkan kekeringan jika diminum secara berlebihan. Kawal pengambilan kopi anda ya!
Kekurangan Vitamin B12
Kadang-kala, bibir kering bukanlah disebabkan oleh apa yang kita makan, tetapi apa yang tidak kita ambil. Contohnya, makanan yang mengandung Vitamin B12. Vitamin B sudah terbukti dapat meningkatkan kesihatan kulit dan membantu penyembuhan luka.
Disebabkan hal itu, kekurangan vitamin ini secara tidak langsung menyebabkan bibir menjadi kering.
"Kekurangan Vitamin B12 secara khususnya dapat menyebabkan keadaan bibir yang kering dan pecah-pecah dan ia sangat sukar untuk disembuhkan," ujar Michelle Henry, pemilik Skin & Aesthetics Surgery di Manhattan.
Justeru, ambil makanan tinggi vitamin, seperti daging, hati, ikan, yogurt, dan telur. Jika anda merasakan yang anda kekurangan vitamin ini, segeralah berjumpa dengan doktor.
Kesimpulannya, bibir menjadi kering disebabkan oleh pelbagai perkara, termasuk makanan dan minuman. Tidak bermakna anda terus berhenti daripada mengambil makanan yang disebutkan di atas. Cuma, berhati-hati agar tidak mengambilnya secara berlebihan.
Kredit foto: The Conversation, emy (Unsplash), Fahmi Fakhrudin (Unsplash), Raimond Klavins (Unsplash) & Brooke Lark (Unsplash)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live