#FOODIESLIFE: Menyejukkan Tekak Ketika Cuaca Panas, Ini Resipi Aiskrim Lemon Mudah Hanya Dengan 6 Bahan
Izwan Isa
18/06/2023 04:50 MYT
18/06/2023 04:50 MYT
Cuaca panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini membuatkan kita berasa kurang selesa. Selain bahang yang membakar, tekak juga terasa haus dan menginginkan pemanis mulut yang dingin seperti aiskrim.
Ingin cuba buat sendiri aiskrim hanya dengan enam bahan mudah? Jom cuba resepi simple ini!
Bahan-bahan:
470 ml krim putar
230 gm gula pasir
240 ml krim half and half
3 sudu makan kulit lemon yang diparut
5 kuning telur saiz besar
180 ml jus lemon segar
Cara-cara:
1. Campur krim putar, gula, krim half and half dan kulit lemon di dalam kuali leper. Didihkan adunan dengan api kecil, kacau sehingga gula larut sekitar lima minit. Angkat dari dapur, tutup kuali dan biarkan sebentar selama 10 minit.
2. Buka tutup periuk dan biarkan mendidih lagi dengan api perlahan. Pukul kuning telur dalam mangkuk sederhana. Kemudian pukul 250 mililiter campuran krim panas secara beransur-ansur ke dalam telur.
3. Kacau semula adunan telur ke dalam adunan krim dalam periuk. Masak dan kacau dengan api perlahan selama 5-10 minit. Pindahkan ke mangkuk besar, tutup dan sejukkan lapan jam hingga semalaman.
4. Kacau jus lemon ke dalam adunan aiskrim. Bekukan dalam bekas penyejuk beku bertutup selama kira-kira empat jam sebelum dihidangkan.
Sumber: All Recipes menerusi Kompas
BACA: Siap Ada Ikan Bilis, Sambal & Kacang? Aiskrim Nasi Lemak Ini Dihasilkan Bersempena...
BACA: “Rasanya Seperti Di Itali” - Lancar Aiskrim, Uniknya Nama Perisa Ciptaan Pak Nil!