#FOODIESLIFE: Minum Kopi Bercampur Arang? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu…

Muhammad Firdaus
Disember 8, 2023 15:55 MYT

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai makanan kerana budaya-budaya campuran dari seluruh dunia berkumpul di negara ini.

Bagaimanapun, sesetengah makanan dianggap terlalu pelik sehingga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik jika pengambilan tidak dihentikan.

PILIHAN PEMBACA: #FoodiesLife: Influencer Luar Negara Kagum Dengan Makanan Malaysia - “Tiada Hidangan Di Dunia Seperti…

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), akaun itu berkongsi tentang kesalahan undang-undang berkaitan campuran arang dalam kopi.

“Arang tidak dikategorikan sebagai makanan. Penambahan arang dalam minuman kopi merupakan satu kesalahan yang boleh didenda atau penjara.”

⏩ Anda penggemar kopi ❓ Tahu tentang isu kopi yang dicampur arang panas??‍♂️?‍♀️ Jom ambil peduli ??‍♂️ ARANG tidak ??‍♂️??‍♀️ dikategorikan sebagai MAKANAN. Penambahan arang dalam minuman kopi merupakan satu kesalahan yang boleh didenda atau penjara. ?‍?Jadilah pengguna yang bijak ! pic.twitter.com/r7ZKPc9WmR

— Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM (@bkkm_official) December 6, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, akaun tersebut turut menyatakan maklumat tentang campuran yang boleh dibuat dengan minuman kopi seperti gula, dekstrosa, glukosa, madu, susu, krimer serta makanan lain dan perisa yang dibenarkan.
Sekadar info, penambahan arang dalam minuman kopi merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan untuk sesiapa yang berdegil, boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Sumber: Platform X

#Malaysia #Makanan #Lokal #Minuman #Kopi #Arang