Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#Foodieslife: Nak Cantik Macam Kate Middleton? Ini Menu Harian Yang Anda Perlu Ikuti

Izwan Isa
15/05/2022 07:50 MYT

Selain penampilannya yang ditunggu-tunggu, menu makanan harian Duchess of Cambridge, Kate Middleton juga sering menjadi sorotan umum.

Tidak hairanlah jika jumlah carian di enjin pencari tentang menu harian beliau mencecah sehingga 4,600 carian bagi setiap bulan dan 55,000 untuk sepanjang tahun secara global.

Dikutip daripada Eat This, Not That, berikut merupakan menu yang sering dijamah oleh Kate Middleton dalam sehari:

Sarapan
Kate memulakan harinya dengan sarapan yang mengenyangkan dan memberi banyak tenaga seperti oat - yang tinggi protein, serat, dan karbohidrat yang lambat dibakar. Jenis makanan ini bukan hanya baik untuk menurunkan kolesterol namun juga meningkatkan kesihatan usus dan kontrol gula darah. Selain hidangan oat, Kate turut minum jus campuran kangkung, bayam, romaine, spirulina dan blueberry. Minuman penuh khasiat ini kaya akan vitamin dan mineral serta cukup terkenal dalam meningkatkan kesihatan kulit dan mengurangkan risiko penyakit.

Tengah hari
Kate Middleton turut memastikan menu tengah harinya kaya akan antioksidan dengan penambahan pelbagai elemen segar. Contohnya, salad tembikai dengan aprikot, bawang, timun dan keju jenis feta. Kate bukanlah seorang vegetarian, namun beliau cenderung untuk memilih menu sayuran bagi hidangan makan tengah haru.

Snek
Melihat pada sosok tubuhnya yang ramping sedangkan sudah mempunyai tiga cahaya mata, pasti ramai yang beranggapan Kate tidak mengambil snek. Namun, sangkaan itu tidak tepat sama sekali. Pilihan snek kegemarannya termasuklah sayuran, buah goji serta zaitun. Selain itu, Kate turut menggemari bertih jagung.

Makan malam
Menurutu jurucakap kerajaan, Kate menggemari hidangan tradisional ketika makan malam seperti ayam panggang. Kadang-kala, Kate sering menjamah sushi atau membuat pizza serta pasta bersama anak-anaknya.

Pencuci mulut
Walaupun mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat, namun Kate tidak takut untuk memanjakan diri dengan makanan manis. Bekas cef kepada Kate, Darren McGrady berkata, pencuci mulut kegemaran Kate adalah puding toffee.

#Kate Middleton #FoodiesLife
;