#FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Peniaga Jual Telur Dadar Harga RM13
Izwan Isa
28/08/2023 11:50 MYT
28/08/2023 11:50 MYT
Pengguna media sosial mempersoalkan harga telur dadar atau omelette yang dijual oleh seorang peniaga makanan yang dirasakan tidak masuk akal.
Menerusi ulasan netizen di platform media sosial, peniaga tersebut difahamkan mengenakan harga sebanyak RM13 bagi satu hidangan telur dadar yang dijual di gerai makannya.
Sungguhpun menerima kritikan yang agak banyak, namun, peniaga berkenaan dilihat tidak melatah dan tetap mempertahankan harga yang dikenakan pada makanan yang dijual.
“Dulu harga RM8 tiada tauge, tiada prik nam… Tiada bahan-bahan tambahan, jadi kali ini memang berbaloi.
“Harga RM13 ni saya letak selepas saya pantau harga lain yang orang letak. Kalau saya letak udang, ayam, tiram… lagi saya tak boleh letak harga ini,” katanya menerusi sepotong video.
Menurut peniaga berkenaan, apa yang perlu diberi fokus oleh pelanggan adalah kualiti, bukannya harga.
“Kita jangan tengok harga telur itu sahaja, tapi kita kena tengok bahan dalam tu,” katanya.
Untuk rekod, resepi telur dadar tersebut menggunakan tiga biji telur gred A selain beberapa bahan lain.
Dalam masa sama, minyak gorengan telur dadar akan ditukar setiap kali hidangan tersebut dipesan oleh pelanggan.
BACA: Linda Onn Kongsi Video Pelanggan Tak Bayar Duit Makanan RM56.46 - “Andai Benar Terlupa, Dihalalkan, Andai Disengajakan…”

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.