Laman Utama

#Foodieslife: Ngopi, Ngopi Juga Tapi Awas! Kopi Yang Ini Boleh Buat Jantung Terhenti

gempak
Mya Amri
04/12/2021
14:40 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: Ngopi, Ngopi Juga Tapi Awas! Kopi Yang Ini Boleh Buat Jantung Terhenti
Tidak dinafikan rata-rata rakyat Malaysia gemar meminum kopi atau dalam bahasa mudahnya ‘mengopi’.
Tidak kira sama ada kopi dikedai-kedai hipster mahu pun yang dibuat sendiri di rumah.
Bercakap mengenai kopi korang perasan tak jika ke kedai-kedai runcit pasti ada pelbagai jenama kopi yang tergantung di belakang kaunter bayaran?
Hati-hati guys, selalunya jenis-jenis kopi sebegini ibu bapa kita yang gemar membelinya. Jadi kalau boleh korang pantaulah pembelian mereka kerana ada diantaranya boleh menyebabkan jantung berhenti.
Produk tersebut juga telah dikongsi oleh Facebook rasmi Public Health Malaysia baru-baru ini.
Menurut perkongsian tersebut, ada kopi yang telah diharamkan dijual kembali kepada umum.
“Ramai individu yang pernah minum kopi ini mengadu berasa pening atau sakit kepala selepas minum kopi ini.
“Ada yang perlu di papah keluar dari kedai makan dan tidak dapat memandu pulang ke rumah.
“Ini kerana kopi ini mengandungi bahan beracun berjadual jenis Sildenafil iaitu bahan yang menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan tekanan darah turun mendadak.
“Jika anda tidak bernasib baik, bekalan darah ke jantung dan otak boleh berkurangan dengan mendadak dan jantung boleh berhenti berdegup.
“Jika anda masih mengamalkan minuman ini sila berhenti dan dapatkan pemeriksaan segera.
“Jika anda masih menjual dan mengedarkan produk ini hentikan segera,” kongsi halaman tersebut.
Jadi sekiranya ada yang perasan tentang jenama kopi tersebut, sila elakkan atau boleh membuat laporan kepada pihak berwajib ya.
Kredit foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024