Laman Utama

#Foodieslife: Nok Masok Mende? Boleh Cuba Ikan Kerapu Masak Cili My Style Arwah Siti Sarah Ni Simple Je

gempak
Mya Amri
11/09/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
#Foodieslife: Nok Masok Mende? Boleh Cuba Ikan Kerapu Masak Cili My Style Arwah Siti Sarah Ni Simple Je
Minggu ini genap 30 hari pemergian penyanyi kesayangan negara, arwah Siti Sarah Raissuddin.
Sebagai tanda kenangan buat peminat, satu rakaman video masakan telah dimuat naik di akaun Instagram milik arwah.
Video itu merakamkan Siti Sarah sedang menunjukkan cara-cara mudah untuk hidangan Ikan Kerapu Masak Cili dengan caranya tersendiri.
Tidak lupa juga bait ayat ‘My Style’ yang juga merupakan trademark Sarah juga disebut dengan jelas.
BACA: #Foodieslife: Rajin Sedekah Resipi... Kini Tinggal Memori, Ini 7 Masakan Mudah Air Tangan Allahyarham Siti Sarah
Memang sangat mudah resipi yang diajar oleh arwah dan sekiranya anda buntu untuk memilih menu masakan, apa kata anda cuba resipi ini.
Untuk mereka yang baru belajar memasak juga boleh mencuba hidangan ini, gerenti menjadi.
Di sini #Foodieslife kongsikan resipi mudah Ikan Kerapu Masak Cili My Style oleh arwah Siti Sarah.
Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala berkongsi ilmu kepada orang ramai yang menggunakan resipi arwah.
InsyaAllah… Al -Fatihah… Amin…
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live