#Foodieslife: Oreo Hadir Dengan Edisi Terhad BLACKPINK, Siap Dapat Photocards!
Izwan Isa
26/11/2022 10:50 MYT
26/11/2022 10:50 MYT
Selepas kolaborasi bersama Lady Gaga, kini giliran kumpulan dari Korea Selatan, BLACKPINK memiliki Oreo versi mereka sendiri.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh peminat, difahamkan kolaborasi tersebut menampilkan rekaan mahkota ikonik yang sinonim dengan BLACKPINK pada gambar biskut Oreo menerusi bungkusan utama.
Dalam setiap bungkusan utama, terdapat enam lagi bungkusan kecil yang terisi biskut-biskut Oreo secara berasingan.
Tentu sekali, kolaborasi antara BLACKPINK dan Oreo ini juga menampilkan koleksi photocards dengan rekaan berbeza, termasuk bagi individu dan juga berkumpulan.
Ramai antara peminat sudah mula memuat naik video unboxing Orea BLACKPINK di media sosial dan berkongsi photocards yang mereka kumpul menerusi pembelian.
Difahamkan, Oreo BLACKPINK masih belum dijual di Malaysia, tetapi sudah mula boleh dibeli oleh peminat di Indonesia.
undefined
Seorang pengguna TikTok memberitahu, Oreo BLACKPINK yang berwarna merah jambu itu rangup dengan rasa susu yang lebih. Katanya, rasa biskut Oreo edisi terhad berkenaan mirip dengan Golden Oreo.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.