#FOODIESLIFE: Pakar Perubatan Terangkan Side Effects Yang Mungkin Dialami Kalau Kita Makan Salji
Izwan Isa
30/01/2024 11:55 MYT
30/01/2024 11:55 MYT
Kecoh di laman sosial apabila seorang lelaki mendakwa dirinya mengalami demam dan selesema yang teruk selepas makan salji ketika berada di Jepun.
Memetik laporan WeirdKaya, individu tersebut mengakui dia sering menikmati salji ketika menyambung pelajaran di United Kingdom.
Katanya, dia sering berbuat demikian di kawasan yang jarang didatangi orang, dan menikmati salji segar setiap kali tibanya musim sejuk.
Namun, adakah selamat untuk seseorang individu itu menikmati salji?
Ahli Kaji Cuaca di National Oceanic and Atmospheric Admistration, Mary Scarzello Fairbanks berkata, salji mengandungi titisan yang memerangkap kepingan habuk kecil atau benda-benda yang terapung di udara.
“Secara intinya, air yang membentuk salji berasal daripada air yang tersejat daripada sungai, tasik dan lautan di seluruh dunia,” katanya.
Doktor Penjagaan Primer di Pusat Perubatan Mercy, Baltimore, Susan Besser pula berkata, salji hanyalah air dalam bentuk yang beku. Bagaimanapun, salji yang terbentuk boleh mengandungi pelbagai bendasing termasuk serpihan kotor.
Diane Calello, Pengarah Perubatan dan Eksekutif Sistem Maklumat dan Pendidikan Racun New Jersey serta Profesor Perubatan Kecemasan di Rutgers New Jersey Medical School menjelaskan, makan salji dalam kuantiti yang kecil adalah selamat.
Jelasnya, bergantung pada kandungan salji yang dimakan, individu boleh mengalami sakit perut, muntah, cirit-birit, atau mungkin juga jangkitan jika anda makan terlalu banyak.
Namun, dia menekankan, kesan itu hanya berlaku jika salji dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak.
Sumber: WeirdKaya, Prevention.com