Laman Utama

#FoodiesLife: Pertama Kali Kena Masak Sebab PKP, Ini 10 Barang Wajib Kena Beli..

gempak
Zulaikha Yusof
14/02/2021
08:30 MYT
Sponsor Banner
#FoodiesLife: Pertama Kali Kena Masak Sebab PKP, Ini 10 Barang Wajib Kena Beli..
Nota: #FoodiesLife adalah kolum baharu yang diperkenalkan oleh Astro Gempak. Ia merupakan satu artikel yang menceritakan dari pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja. Kalau nak tahu apa topik yang menjadi pilihan, nantikan pada hari Ahad. Selamat membaca dan terima kasih kerana memberi sokongan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa sangka seluruh dunia diduga dengan pandemik COVID-19.
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, boleh dikatakan semua orang akan berada di rumah selama 24 jam sekiranya tidak mempunyai tuntutan di luar.
Malah, bekerja dari rumah (work from home) juga sudah menjadi norma baharu dalam kalangan pekerja.
Bagi orang bujang yang terpisah jauh dari keluarga, ini adalah satu perkara yang wajib kena biasakan iaitu memasak sendiri.
Sebelum 'berperang', semestinya perlu membeli barang keperluan tak kira sama ada barang basah atau barang kering.
Tapi harus diingat, hanya membeli barang yang diperlukan supaya tidak berlaku pembaziran. Kita kena jimat sekarang untuk masa depan..
Oleh itu, #FoodiesLife senaraikan 10 jenis barang keperluan dapur yang perlu ada :
#1 Beras
Nasi putih merupakan makanan rutin harian nombor satu di Malaysia. Kalau tak makan dalam sehari boleh 'ketaq' tangan nanti.
#2 Minyak Masak
Hampir setiap masakan kita akan menggunakan minyak masak. Terpulang kepada individu untuk menentukan jenama yang dipilih.
Oh ya ... dah alang itu nak ingatkan. Minyak masak ini kegunaan maksimum hanya tiga kali sahaja untuk minyak yang sama.
Elakkan diri daripada menggunakan minyak itu berulang kali sehingga menjadi warna hitam dan berbau tengik. Tak bagus untuk kesihatan diri tau!
#3 Telur Ayam
Telur ayam boleh dijadikan simpanan dalam dapur. Bukan sekadar untuk digunakan dalam masakan, boleh juga menjadi bahan untuk individu yang suka 'baking'.
#4 Gula & Garam
Gula dan garam adalah bahan paling wajib yang sangat penting di dapur sebagai penambah dan penyedap rasa.
#5 Kicap & Sos
Kicap manis, kicap manis, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kegunaan masakan harian yang mampu menjadikan juadah kita lebih sedap dan nampak berselera.
#6 Cili Kering
Bagi penggemar makanan pedas, semestinya cili kering perlu sentiasa ada.
Untuk memudahkan penyediaan sebelum memasak, pastikan cili itu sudah disiap kisar dengan bawang dan disimpan dalam peti sejuk.
Boleh tahan lama dan lebih memudahkan untuk persediaan masakan seterusnya.
#7 Bawang
Ada pelbagai jenis bawang iaitu bawang merah, bawang besar, bawang putih dan bawang Holland.
Kalau anda seorang yang suka buat persediaan awal, pastikan bawang yang dikupas dan dipotong itu disimpan dalam bekas tertutup. Tindakan ini boleh mencegah diri daripada terkena keracunan makanan.
#8 Barangan Sejuk Beku
Ayam, ikan, daging, hidupan laut, sosej, keju dan daging burger antara makanan yang disimpan di peti sejuk.
Pilih mengikut citarasa masing-masing kerana ia boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama.
#9 Buahan-Buahan & Sayur-Sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat penting kerana mengandungi banyak serat, mineral dan vitamin.
Untuk seimbangkan pemakanan harian kita, kena la makan. Badan sihat otak cerdas.
#10 Makanan Di Dalam Tin
Sardin dan sup cendawan antara yang menjadi pilihan setiap kali membeli-belah.
Ia juga menjadi makanan penyelamat ketika kecemasan, mana tahu kita diuji dengan kesempitan wang.
Sebenarnya banyak lagi yang akan dibeli tapi ini antara yang wajib tau..
Untuk yang sedang struggle untuk biasakan diri di dapur, tenangkan diri dan lakukan secara perlahan-lahan. We can do!
Kredit Foto: AWANI & Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live