Laman Utama
#Foodieslife - Perut Memulas Waktu Pagi Lepas Minum Kopi? Ini Sebabnya…
Kita sering merasakan perut yang memulas saat selepas minum kopi pada waktu pagi. Adakah rasa ketidakselesaan perut itu datangnya daripada kafein?
Menurut Perpustakaan Kedoktoran Nasional di Amerika Syarikat, rasa ingin buang air besar saat selepas minum kopi terjadi apabila ada sesuatu dalam kopi yang meransang reseptor sistem pencernaan sehingga menyebabkan anda terasa ingin ke tandas.
Proses yang disebut peristaltik itu adalah kontraksi (penguncupan) otot seperti gelombang yang memindahkan makanan ke saluran pencernaan.
Justeru, apabila anda menghirup kopi pada waktu pagi, penguncupan pada usus besar dapat terjadi dengan lebih cepat.
"Pada kebanyakan orang, rasa ingin pergi ke tandas untuk buang air besar terjadi sekitar empat minit selepas minum kopi,” ujar Dr. Kyle Staller, M.D, ahli gastroenterologi di RS Massachusetts, seperti dilansir Health.
Perut memulas setelah minum kopi sebenarnya disebabkan oleh level asid pada kopi yang ternyata sama pengaruhnya ketika kita minum jus limau atau minuman soda yang manis.
Sifat berasid akan mengubah tahap keasidan dalam perut dan mewujudkan ‘desakan’ untuk menyingkirkan sisa makanan yang tidak diproses dalam usus besar dengan lebih cepat.
"Hal itu tidak terlalu mengejutkan. Orang yang minum soda juga memiliki tingkat gerakan usus yang sama sesudahnya," lanjut Dr. Staller.
Keadaan perut memulas pada waktu pagi sebenarnya bukanlah sesuatu yang membimbangkan bagi kesihatan badan.
Foto: Chris Benson (Unsplash)