Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

#Foodieslife: Putus Bekalan Elektrik? Cara Mudah Buat Lilin, Hanya Guna 4 Benda, Harap Boleh Bantu Mangsa Banjir

Mya Amri 20/12/2021 | 09:11 MYT

Susulan banjit kilat yang melanda negara sejak beberapa hati ini menyebabkan ada bahagaian kawasan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Berdepan dengan saat-saat genting seperti ini, sudah pasti kita pun adakalanya tidak sempat untuk mencari lilin yang disimpan di dalam rumah, atau dalam bahasa lainnya lupa letak di mana.

Disebabkan itu kita perlu mencuba cara altenatif lain dengan konsep menggunakan apa sahaja bahan yang ada di rumah.

Di sini #Foodieslife ingin kongsikan cara survival mudah untuk membuat lilin, sedikit sebanyak ia dapat jugalah membantu membantu mangsa banjir yang terjejas dengan bekalan elektrik.

Perkongsian ini dikongsi oleh seorang usahawan, Ika Radiusite menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

Hanya memerlukan empat bahan sahaja. Ini cara-caranya:

Beras

Minyak masak

Tisu / kain perca

Pemetik api

Untuk beras kalau tiada pun tak ada, hanya sebab bagi tahan lama sahaja.

A post shared by Ika Radiusite (@ikaradiusite)

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat semua

#Banjir #Lilin #Beras #FoodiesLife #Cara Buat Lilin #Cara Buat Lilin Mudah
;