#Foodieslife: Rajin Sedekah Resipi... Kini Tinggal Memori, Ini 7 Masakan Mudah Air Tangan Allahyarham Siti Sarah

Mya Amri
Ogos 14, 2021 14:42 MYT
Sesungguhnya pemergian Allahyarham Siti Sarah meninggalkan kesan yang cukup hebat di hati rakyat Malaysia.
Sehingga hari ini, platform media masih lagi memperkatakan tentang kebaikan yang dilakukan oleh insan istimewa dan juga isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu.
Tidak hanya dikenali sebagai seorang yang pemurah dan suka menderma, Siti Sarah juga gemar berkongsi resipi-resipi masakannya di akaun Instagram.
Celoteh lucunya dalam loghat Terengganu bersama trademark ‘my style’ sudah pasti akan dirindui para peminatnya.
Resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style merupakan resipi terakhir yang sempat dikongsikan oleh Allahyarham sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.
Di sini #Foodieslife kongsikan tujuh resipi Allahyarham sebagai pengubat rindu kepada peminat.
#Ketam Sweet Sour Chine Style
#Sambal Telur
#Pajeri Nanas
#Ikan Singgang Yang Tersinggung
#Sambal Tak Berapa Jawa
#Mee Goreng My Style
#Ayam Masak Lemak Kerisik
#Ayam Masak Kijal Ganu Kiterr
Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala berkongsi ilmu kepada orang ramai yang menggunakan resipi arwah. InsyaAllah… Amin
Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.
Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.
Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.
#Siti Sarah #Masakan #Resipi #Air Tangan #Juadah #Allahyarham #FoodiesLife #Makan-Makan #Allahyarham Siti Sarah #Allahyarhamah #Masakan Mudah #Tinggal Kenangan