#FoodiesLife: Raya Seorang Diri Lagi Tahun Ini.. Jom Masak Juadah Untuk Pagi Syawal, Hidang Dengan Sirap Bandung Cincau

Zulaikha Yusof
Mei 9, 2021 04:41 MYT
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini masih sama seperti tahun lepas. Kita semua tidak dibenarkan untuk pulang ke halaman kerana berlaku peningkatan kes COVID-19.
Malah, lebih mendukacitakan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Untuk kali kedua, anak bujang terpaksa meraikan hari kemenangan umat Islam sendirian tanpa keluarga di sisi.
Bagaimanapun, raya tetap raya! Jangan bersedih, anggap ini sebagai ujian yang diberikan kepada kita.
Walaupun tidak semeriah seperti tahun 2019, tetapi juadah wajib setiap kali Aidilfitri perlu ada di atas meja.
#FoodiesLife menyenaraikan lima menu Aidilfitri yang boleh disediakan sendiri menjelang 1 Syawal:
1. Rendang Ayam
2. Kuah Kacang & Nasi Impit
3. Lontong
4. Nasi Tomato Ayam Masak Merah
5. Air Sirap Bandung Cincau
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua! Stay safe.
#Syawal #Juadah #FoodiesLife #Sirap Bandung Cincau