Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#Foodieslife: Rupanya Datuk Ismail Sabri Suka Rendang Ayam Dan Sagun, Ini Resipinya

Mya Amri
21/08/2021 13:43 MYT
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.

Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai perdana menteri yang ke-9 diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan bapa kepada penyanyi dan juga bintang Akademi Fantasia musim kelima, Dafi.

Walaupun sering sibuk dengan hal-hal negara, namun korang tahu tak sebenarnya Perdana Menteri kita ini orangnya sangat suka makan.

#Foodieslife difahamkan antara makanan kegemaran bapa mentua kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie ini adalah Rendang Ayam dan Sagun.

Malah, beliau sendiri pernah memuat naik status mengenai perkara itu. Cayalah Datuk, boleh geng #makanmakan ni hehe.



Di sini #Foodieslife kongsikan resipi mudah Rendang Ayam dan Sagun, boleh lah cuba hujung minggu ni kan.

#Resepi Rendang Ayam Cik Nom

Tidak semestinya hidangan rendang ayam hanya disediakan pada hari raya kan? Hujung minggu pun boleh buat what?

Kata Cik Nom kalau nak dapatkan rendang ayam yang lagi sedap, korang boleh gunakan santan dari kelapa segar tau.

Cara untuk memasak rendang korang boleh tengok YouTube di bawah ya. Sedapnya!

Bahan-bahan kisar halus:

8 biji bawang merah kecil

6 ulas bawang putih

3 batang serai

3 inci halia

3 inci lengkuas

3 ketul kunyit hidup

Cili merah dan cili padi

4 biji buah keras

1 biji bawang merah besar

Bahan-bahan lain:

1 mangkuk kecil cili kisar

4 helai daun limau purut

1 ekor ayam, potong kecil

1 1/2 biji perahan pati santan

4 sudu besar kerisik

2-3 keping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa

Hirisan halus daun kunyit

#Sagun Kelapa

Aduh, sagun kelapa ni memang benar-benar mengimbau zaman kanak-kanak dulu. Tak sangka Datuk Ismail Sabri pun suka sagun.

Sedap tau makan sagun ni, lagi-lagi kalau makan dengan kawan-kawan, lepas tu lumba siapa habis dulu hehehe. Sampai tersedak kadang-kadang.

Resipi Sagun ini dikongsi oleh Nor Al-Fatihah (@Mrs_Watermelon85). Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

1 biji kelapa parut (putih saja)

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung pulut

3/4 cawan gula pasir (kalau tak suka manis boleh kurangkan jadi 1/2 cawan)

1/2 sudu teh garam halus

1 helai daun pandan - di simpul

Cara-caranya:

1.Mula-mula sangai kelapa hingga betul-betul kering dan sedikit kekuningan. Gunakan api kecil dan sentiasa kacau ya. (Sangai maksudnya goreng tanpa guna minyak) Angkat dan ketepikan dulu.

2.Basuh kuali, pastikan kuali betul-betul kering. Sangai tepung beras dan tepung pulut bersama daun pandan. Kacau sentiasa di atas api kecil selama 10-15 minit.

3.Buang daun pandan dan campur dengan kelapa parut. Kacau rata dalam 5 minit lagi.

4.Akhir sekali, masukkan gula dan garam. Kacau hingga semuanya sebati dalam 2-3 minit dan tutup api. Jika kelapa yang di gunakan teksturnya kasar kena blend sedikit.

5.Sejukkan sagun dulu baru di masukkan ke dalam plastik aiskrim atau straw dan boleh juga guna kertas putih. Jika nak banyak, gandakan sukatannya ya.

Siap! Senang kan?

Kredit foto: Google

#Perdana Menteri #Rendang Ayam #Datuk Seri Ismail Sabri #FoodiesLife #Makan-Makan #PM Ke-9 #Sagun