Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#Foodieslife: Salad Ketam Alaska, Sup Rusa, Lobster & Wagyu Percik Ini Menu Santapan Diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Untuk Tetamu

Mya Amri
16/01/2024 07:55 MYT
Bukan biasa-biasa, memang next level! Itulah antara ungkapan mampu diucapkan saat melihat senarai menu yang disediakan untuk tetamu di majlis perkahwinan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya Dayang Anisha Rosnah.

Sudah dijangka perkahwinan putera kesayangan ramai ini pastinya menjadi perhatian ramai sehinggakan menu santapan diraja juga menjadi buah mulut di media sosial.

Bagi yang terlepas pandang, #FoodiesLife kongsikan senarai penuh menu di hari bahagia Putera Mateen dan Dayang Anisha:

MENU MAJLIS PERSANTAPAN DIRAJA MATEEN & ANISHA:


BERITA TRENDING: Putera Mateen, Dayang Anisha Selamat Diijab Kabul, Simbolik Tembakan 17 Das Meriam


Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.

PILIHAN PEMBACA: Pernikahan Putera Mateen-Dayang Anisha: Apa itu Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Brunei?


#Kahwin #Viral #Tular #Putera Mateen #Mateen #Brunei #Menu #Prince Mateen #Menu Kahwin #Santapan Diraja
;