,
Laman Utama

#Foodieslife: Sayur-Sayuran Yang Boleh Bikin Kulit Lebih Awet Muda

Izwan Isa
14/08/2022
11:50 MYT
Proses penuaan mungkin tidak dapat dihindari seiring bertambahnya usia kita. Namun, ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk membuat kulit tetap terlihat sihat - salah satunya dengan mengambil nutrisi yang tepat.
Faktanya, kulit kita adalah organ yang terus menjana semula dan menumbuhkan sel-sel baharu. Dengan pilihan nutrisi yang sihat, kita sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan kulit dari waktu ke waktu.
Antara nutrisi dan vitamin yang mampu meningkatkan kesihatan kulit dan mencegah penuaan termasuklah Vitamin C, Vitamin A, Zinc, dan antioksida.
Berikut merupakan sayur-sayuran yang paling tinggi nutrisi dan membuatkan kulit anda menjadi awet muda. Jom semak!

Lada benggala

Lada benggala kaya akan Vitamin A dan C. Sebagai salah satu sumber terkaya Vitamin C, lada benggala merah mengandung hampir 170 peratus dari pengambilan Vitamin C harian yang dicadangkan. Mendapatkan cukup Vitamin C juga mampu membantu produksi kolagen atau komponen untuk membangun lapisan kulit baru yang sihat. Selain dijadikan sebagai elemen tambahan untuk hidangan utama, lada benggala juga dapat dinikmati sebagai snek yang mengenyangkan dan berserat tinggi.

Brokoli

Brokoli juga merupakan sumber zink dan lutein yang kedua-duanya mampu memberi manfaat kepada kulit yang lebih sihat. Zink adalah antioksida yang membantu kulit sembuh daripada kecederaan, termasuklah kerosakan akibat sinar matahari. Sementara lutein adalah sejenis karotenoid seperti Vitamin A yang membantu meningkatkan keanjalan kulit dan melindungi kulit daripada simbahan sinar matahari yang berbahaya.

Tomato

Tomato adalah sayuran yang kaya nutrisi, dengan Vitamin C dan likopen sebagai nutrisi utama. Tomato adalah sumber vitamin yang mempromosikan kesihatan kulit dan membuatnya lebih awet muda. Di samping itu, tomato segar juga memiliki lebih banyak Vitamin C berbanding yang dimasak. Namun, tomato yang dimasak sebenarnya membebaskan lebih banyak likopen yang menawarkan sejumlah manfaat kesihatan kulit lainnya. Likopen sendiri merupakan antioksida yang dapat membantu mencegah kerosakan kulit dan dapat menghaluskan perubahan tekstur kulit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

gempak
18/02/2024
13:55 MYT
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

gempak
16/02/2024
14:55 MYT
Sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin
Terkini

#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

gempak
20/01/2024
08:55 MYT
Tular pula Kek Tapak Kuda yang saizkan berganda daripada saiz asal. Lebih menarik, pencuci mulut itu diberi gelaran Kek Tapak Gajah