#Foodieslife: Sayur-Sayuran Yang Boleh Bikin Kulit Lebih Awet Muda
Izwan Isa
14/08/2022 11:50 MYT
14/08/2022 11:50 MYT
Proses penuaan mungkin tidak dapat dihindari seiring bertambahnya usia kita. Namun, ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk membuat kulit tetap terlihat sihat - salah satunya dengan mengambil nutrisi yang tepat.
Faktanya, kulit kita adalah organ yang terus menjana semula dan menumbuhkan sel-sel baharu. Dengan pilihan nutrisi yang sihat, kita sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan kulit dari waktu ke waktu.
Antara nutrisi dan vitamin yang mampu meningkatkan kesihatan kulit dan mencegah penuaan termasuklah Vitamin C, Vitamin A, Zinc, dan antioksida.
Berikut merupakan sayur-sayuran yang paling tinggi nutrisi dan membuatkan kulit anda menjadi awet muda. Jom semak!

Lada benggala
Lada benggala kaya akan Vitamin A dan C. Sebagai salah satu sumber terkaya Vitamin C, lada benggala merah mengandung hampir 170 peratus dari pengambilan Vitamin C harian yang dicadangkan. Mendapatkan cukup Vitamin C juga mampu membantu produksi kolagen atau komponen untuk membangun lapisan kulit baru yang sihat. Selain dijadikan sebagai elemen tambahan untuk hidangan utama, lada benggala juga dapat dinikmati sebagai snek yang mengenyangkan dan berserat tinggi.
Brokoli
Brokoli juga merupakan sumber zink dan lutein yang kedua-duanya mampu memberi manfaat kepada kulit yang lebih sihat. Zink adalah antioksida yang membantu kulit sembuh daripada kecederaan, termasuklah kerosakan akibat sinar matahari. Sementara lutein adalah sejenis karotenoid seperti Vitamin A yang membantu meningkatkan keanjalan kulit dan melindungi kulit daripada simbahan sinar matahari yang berbahaya.
Tomato
Tomato adalah sayuran yang kaya nutrisi, dengan Vitamin C dan likopen sebagai nutrisi utama. Tomato adalah sumber vitamin yang mempromosikan kesihatan kulit dan membuatnya lebih awet muda. Di samping itu, tomato segar juga memiliki lebih banyak Vitamin C berbanding yang dimasak. Namun, tomato yang dimasak sebenarnya membebaskan lebih banyak likopen yang menawarkan sejumlah manfaat kesihatan kulit lainnya.
Likopen sendiri merupakan antioksida yang dapat membantu mencegah kerosakan kulit dan dapat menghaluskan perubahan tekstur kulit.
Likopen sendiri merupakan antioksida yang dapat membantu mencegah kerosakan kulit dan dapat menghaluskan perubahan tekstur kulit.