GAYA HIDUP
#FoodiesLife: Sedap & Sihat! Ruema & Young Living Tampil Dengan Konsep Iftar Unik
Makan sedap, badan sihat! Itulah yang cuba diketengahkan oleh Ruema Café & Event Space menerusi kolaborasi eksklusif dengan Young Living Malaysia dalam kempen 'Ruemadhan', yang berlangsung dari 1 hingga 28 Mac 2025.
Bukan sekadar pengalaman berbuka biasa, Ruema tampil dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan minyak pati Young Living untuk menambah rasa dan manfaat kesihatan dalam hidangan berbuka.
"Minyak pati ini boleh meningkatkan rasa makanan dan minuman sambil memberikan manfaat kesihatan secara semula jadi tanpa bahan tambahan tiruan," kata Ketua Pemasaran dan Strategi Perniagaan Young Living, Effie Lim.


Lebih Meriah, Lebih Sihat!
🔥 50 tempahan pertama akan menerima NingXia Red Mixed Fruits Drink secara PERCUMA – minuman antioksidan untuk tenaga dalaman & luaran! 🔥 Kaunter minuman free flow dengan air lemon Young Living – segar & menyegarkan! 🔥 Boleh beli produk Young Living di kaunter khas YL (Team Nanad) – jadi lagi sihat & bertenaga sepanjang Ramadan!Gerai Ruema di Bazar Ramadan Bandar Sri Permaisuri
Buat pertama kalinya, Ruema akan membuka gerai eksklusif di Bazar Ramadan Bandar Sri Permaisuri, betul-betul depan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Nak tahu apa yang special? Menu dekat bazar ni LAIN daripada yang ada di kafe!🥩 Nasi Goreng Wagyu – Gabungan rasa premium & nostalgia kampung!
🥩 Maggi Goreng Wagyu – Maggi ‘level kayangan’, confirm puas hati!
🥩 Bubur Lambuk Wagyu – 100% untuk infaq, berkongsi rezeki dengan yang memerlukan!
Pakej Berbuka Puasa di Ruema
Nak berbuka dalam suasana eksklusif? Ruema sediakan 2 pakej berbuka istimewa:🍽 Pakej Ikhlas – RM339
🍽 Pakej Syukur – RM479
Setiap set ada lebih 15 menu masakan kampung termasuk Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Sotong Goreng Tepung, Ikan Siakap Masak Tiga Rasa & Bubur Pulut Hitam.
📅 Tempahan awal (early bird) dibuka dari 12 hingga 28 Februari 2025!
Dekorasi ‘On Point’
Siapa kata makan tak boleh dalam suasana yang classy & fresh? Dekorasi oleh Mekar Orked kali ni memang lain daripada yang lain!"Kami mengetengahkan tona kuning terang yang dipadankan dengan hijau semula jadi dan putih lembut bagi mencipta suasana yang elegan namun menyegarkan," ujar wakil Mekar Orked.
Jangan lepaskan peluang! Untuk tempahan & maklumat lanjut, check out @ruema.my di Instagram atau WhatsApp ke +6011-2096 7137.
Must-Watch Video