#Foodieslife: Selalu Guna Air Fryer, Ops! Ini Pantang Larang Untuk Tahan Lama, Jangan Ikut Suka Je
Mya Amri
02/10/2021 14:45 MYT
02/10/2021 14:45 MYT
Penggunaan air fryer sememangnya lebih memudahkan kehidupan harian.
Tidak hanya dapat mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan, malah rasanya juga sama seperti hidangan bergoreng.
Namun korang tahu tak air fryer sebenarnya mempunyai cara penjagaan yang tersendiri supaya tahan lama dan tidak cepat rosak.
Di sini #Foodieslife kongsikan pantang larang penjagaan air fryer untuk rujukan.
#Pastikan AF berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling.
Untuk pengetahuan air fryer boleh cair jika berlaku pantulan haba.

#Timer dilarang undur sebab akan mudah rosak.
Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, boleh tarik keluarkan loyang. Pemanasan akan terhenti (kalau jenama tefal). Tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.

#Jangan tutup suis semasa sedang memasak.
Sudah tentu kita akan keluarkan loyang sebab nak cek makanan masak tau tak, masa tu la pemanasan akan terhenti, boleh la tutup suis. Apa-apa pun ikut la kesesuaian AF masing-masing. Cuma elakkan paksa timer kembali ke 0.

#Jangan masukkan bahan ringan mudah terbang dalam air fryer.
Ini kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas. Contohnya kulit popia, kertas pelapik. Akan menyebabkan AF akan terbakar.

#Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas.
Nonstick akan cepat tertanggal.
Nonstick akan cepat tertanggal.
#Elakkan air di dalam air fryer.
Masak maggi tak sesuai guna air fryer. Nama lagi fryer bukan steam, bukan rebus.

#Kuantiti makanan yang dimasak boleh mempengaruhi penggunaan suhu dan masa.
Contoh analogi, goreng 1 biji karipap sahaja dan goreng 4 biji karipap serentak. Guna suhu dan masa yang sama, karipap mana akan hangus atau masak dahulu? Yang penting kena try and error. Belajar dari pengalaman.

#Saiz air fryer juga memainkan peranan.
Sebagai analogi, pada suhu 37C anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri dan pada suhu 37C anda berada di dalam dewan besar 10 minit seorang diri.

Yang mana akan berpeluh lebih banyak? Bezakan. Begitu juga dengan di dalam AF. Nak makan 2 orang tapi AF 5.8 liter. Dan nak makan 6 orang tapi AF 1.8 liter. Macam mana nak urus? Jom fikir.
#Boleh lap pemanas air fryer
Kalau nak tahu pemanas yang berlingkar macam ubat nyamuk tu boleh dilap dengan tisu basah. Kalau ada kotoran, jangan siram air. Kotoran apa? Mungkin minyak atau air dari ayam bakar terpercik.
Jangan pasang suis, pastikan AF tak digunakan dalam tempoh tertentu sebelum dan selepas lap. Jangan la lepas masak terus lap atau lepas lap terus guna.
Pastikan ia kering semasa nak guna. Guna wet tisu biasa untuk lap, jangan guna ada perisa strawberry atau alkohol.
#Makanan beku boleh masuk air fyer
Tak ada masalah ya, boleh terus masuk asalkan tak bercantum satu sama lain.
Sumber: my resipi/ Facebook Abdul Razak Abdul Rahim
Kredit foto: allrecipes / thekitchn
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!