Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#Foodieslife: Sering Bad Mood? Boleh Cuba Tiga Jenis Makanan & Minuman Ini

Izwan Isa
10/04/2022 06:50 MYT
Kadang-kala, kita sering mengalami perasaan yang galau, sehingga menyebabkan kita mendapat ‘bad mood’. Tentulah, banyak hal terkesan apabila kita mengalami bad mood seperti pekerjaan dan orang di sekeliling.

Bagaimana nak perbaiki mood anda agar kembali normal, ceria seperti selalu? Apa kata pulihkan suasana hati dengan beberapa jenis makanan ini:

Ikan salmon dan tuna
Ikan salmon dan tuna mengandungi Asid Lemak Omega-3 yang baik untuk jantung dan otak. “Asid Lemak Omega-3 yang kaya dalam ikan mampu membantu meningkatkan mood,” jelas editor bersekutu International Journal of Disease Reversal and Prevention, Dr. Casey Means, MD. Pencegahan tekanan perasaan juga boleh dilakukan dengan bantuan Omega-3 kerana sifat anti-radang yang baik untuk otak.

Coklat gelap
“Kajian telah menunjukkan bahawa gejala tekanan perasaan menjadi semakin rendah apabila seseorang itu menikmati coklat hitam,” kongsi Dr. Means. Tambahnya, pengambilan coklat gelap dalam jumlah yang banyak mampu untuk mengurangkan gejala depresi sebanyak 57 peratus.

Katanya, ia mungkin disebabkan kandungan polifenol kakao dalam coklat gelap yang merupakan anti-oksida kuat yang dapat meningkat profil keradangan.

Kopi
Ada segelintir individu yang mempercayai bahawa kandungan kafein dalam kopi dapat menjadikan mereka berasa cemas dan gelisah. Bagaimanapun, kafein juga boleh menghentikan sebatian semula jadi yang dipanggil adenosin daripada melekat pada reseptor otak yang membuatkan kita berasa lesu.

Dengan meminum kopi, kita sebenarnya boleh meningkatkan kewaspadaan dan perhatian, jadi ia memberi kesan positif pada mood. Kafein juga telah dibuktikan secara saintifik dapat meningkatkan pembebasan neurotransmitter yang meningkatkan mood, seperti dopamin dan norepinephrine. Kajian 2018 terhadap 72 orang dewasa mendapati bahawa kopi berkafein dan tanpa kafein meningkatkan mood orang dengan ketara.

#Tekanan #Coklat #Kopi #Salmon #Mood #FoodiesLife #Tuna
;