Laman Utama

#FOODIESLIFE: Sharnaaz Berniaga Aiskrim Yogurt, Sasar Buka Lebih Cawangan Dalam & Luar Negara

gempak
Izwan Isa
04/09/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
#FOODIESLIFE: Sharnaaz Berniaga Aiskrim Yogurt, Sasar Buka Lebih Cawangan Dalam & Luar Negara
Pelakon Sharnaaz Ahmad kini melangkah setapak dalam bidang perniagaan menerusi pengenalan dirinya sebagai rakan jenama aiskrim yogurt, Hello.
Mengakui teruja, Sharnaaz berkata, perancangan untuk terjun semula ke bidang perniagaan tercetus sekitar beberapa bulan yang lalu.
“Sebenarnya, saya mahu buka outlet minuman Chatime. Jadi, saya berjumpa dengan CEO jenama tersebut, Aliza Ali. Namun, selepas bertemu, dia mencadangkan supaya saya bekerjasama dengannya untuk mengusahakan jenama aiskrim baharu yang dia sedang bangunkan.
“Saya pun bersetuju dan turut serta dalam proses pembangunan jenama aiskrim ini, termasuk proses R&D,” katanya kepada Gempak ketika majlis pembukaan cawangan kelima Hello di pusat beli-belah Mahkota Parade, Melaka pada Sabtu lalu.
Selain Mahkota Parade, cawangan aiskrim yogurt Hello turut dibuka di 1Utama, Menara Mustapha Kamal, Jakel Mall dan KTCC Mall.
Sharnaaz menambah, sejak pembukaan beberapa cawangan dalam negara, sambutan yang diberikan oleh pengguna amat menggalakkan.
Selain itu, pelakon filem Polis Evo 3 itu mendedahkan yang dia turut terlibat dalam pemilihan perasa sos dan toppings untuk aiskrim yogurt yang dipasarkan.
“Saya terlibat dalam pemilihan sos dan toppings untuk aiskrim yogurt ini. Kalau sesiapa suka buah-buahan, mungkin mereka akan tertarik untuk memilih toppings strawberi dan mangga.
“Manakala jika ada yang suka manis dan biskut, boleh pilih sos coklat atau Biscoff,” katanya.
Sementara itu, Aliza sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hello, Aliza Ali turut merancang untuk membawa jenama Hello ke pasaran antarabangsa.
“Perancangan kami adalah untuk membuka sebanyak 75 cawangan lagi di seluruh Malaysia, dengan outlet akan datang di Kedah.
“Dalam masa sama, kami juga bakal membuka cawangan di Central Park Jakarta, Indonesia pada akhir tahun ini. Kemudian, perancangan akan diteruskan untuk menembusi pasaran Singapura dan juga Brunei,” katanya.
BACA: #FOODIESLIFE: Netizen Terkejut Peniaga Jual Telur Dadar Harga RM13​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024