Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#Foodieslife: Siakap Viral? Nah Tiga Rasa Ala Thai! Masak Sendiri Pun Boleh Rasa Macam RM1,000

Mya Amri
06/11/2021 14:00 MYT
Baru-baru ini popular pula ikan siakap selepas menjadi perhatian warganet berikutan harga yang dikenakan oleh sebuah restoran di Langkawi tidak masuk akal.

Disebabkan itu juga, seorang lelaki mendakwa terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat tujuh kilogram (kg).

Hmmm bila dah jadi macam ni daripada nak berseronok bercuti terus jadi bad mood kan?

Tapi tak nak buat bagaimana kejadian dah berlaku… Tak mahu sebelah mana-mana pihak, apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar, baik individu mahu pun restoran yang kini digelar restoran masak ikan kayangan.

Bila difikirkan balik tak apalah guys, siakap ni kalau kita masak sendiri pun onz juga. Cuma sesekali tu adalah teringin nak rasa masakan dikedai kan.

No worries guys, kali ini #Foodieslife ingin berkongsu masakan Siakap Tiga Rasa Ala Thai yang mudah.

Ha kata orang kalau masak sendiri tu suka hati kita nak letak banyak mana atau berapa ekor, lagi puas hati kan?

Tahap kesedapan pun silap-silap lagi love! Lagi rasa macam makan ikan kayangan but make it another level gitu.

Nah di bawah ni resepinya, mudah sahaja guys.

#Bahan-bahan untuk kuah 3 rasa:

3-4 sudu besar minyak masak

3 ulas bawang putih

1 inci halia

½ biji bawang holland

Sedikit capsicum

1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)

2 pokok ketumbar

1 biji tomato

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos tomato

½ mangkuk kecil sos cili

1 mangkuk nenas didadu

3-4 tangkai cili padi

2 tangkai cili merah

1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)

1 sudu besar sos ikan

Garam, secukup rasa

1 sudu kecil gula perang

2-3 helai daun limau purut

Sedikit perahan jus limau nipis

Sedikit air, untuk lebih berkuah

#Bahan untuk ikan siakap:

1 ekor ikan siakap

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

Tepung jagung

#Bahan untuk hiasan:

Daun ketumbar

Daun salad

Hirisan nenas

Makan pula dengan nasi panas-panas kan guys, ha masak sendiri lagi puas hati makan dengan keluarga.

Selamat mencuba korang!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA: #FoodiesLife merupakan satu kolum yang menceritakan pelbagai sudut tentang makanan. Bukan hanya tertumpu kepada resipi sahaja tetapi segalanya yang berkaitan dengan makanan. Food is Love!

#Langkawi #Resipi #Siakap Tiga Rasa #FoodiesLife #Makan-Makan #Siakap Viral #Siakap Viral Langkawi
;