Laman Utama
#FoodiesLife: Tak Boleh Rentas Negeri Tapi Rindu Masakan Kampung? Fazley Yaakob Boleh Masak Untuk Korang Buka Puasa
Memandangkan Ramadan lalu kita hanya menyambut di rumah sahaja ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti tahun ini ramai yang tercari-cari tempat bufet yang sedap di sekitar Lembah Klang.
Sekali-sekala nak juga merasa berbuka di hotel terkemuka bersama keluarga serta rakan-rakan.
Bagi yang inginkan citarasa mewah, boleh cuba berbuka puasa di Four Seasons Kuala Lumpur yang bertemakan "Sajian Merentasi Zaman".
Menariknya, hidangan yang menyediakan pelbagai konsep masakan tradisi Melayu disediakan oleh cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob.
Fazley mengetengahkan konsep warisan masakan Malaysia dengan membawa nostalgia yang mampu mengimbau kenangan berbuka puasa bersama keluarga di kampung halaman.
Antara menu hidangan istimewa yang wajib dicuba adalah puyuh salai mangga muda bakar, nasi tumpang ayam bakar pasu dan ikan sepat masin masak lemak cili api dengan buah cermai dan pucuk pegaga.
Di samping itu, bagi yang ingin merasai sambal minang yang kaya dengan rempah ratus, pedas serta manis, boleh dapatkan dengan harga RM23 setiap satu atau RM88 untuk empat pilihan iaitu sambal Merah, Kicap dan Hijau.
Bufet Ramadan di Four Season Kuala Lumpur dibuka kepada orang ramai bermula 13 April hingga 12 Mei 2021 dengan harga RM189 - RM228 (dewasa) dan RM94.50-RM109 (kanak-kanak).
Must-Watch Video