Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#FoodiesLife: Tiada Tandingan! Ini Menu Hidangan Neelofa & Haris Untuk Tetamu Yang Hadir

Zulaikha Yusof
28/03/2021 09:50 MYT
Sudah dijangka perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail ini akan menjadi buah mulut di media sosial.

Daripada busana pengantin, pelamin Jabal Rahmah, lilin mewah dari Paris iaitu Diptyque, doorgift yang mencecah RM600 setiap seorang sehinggalah kepada menu makanan atau bahasa mudahnya lauk kenduri.

Bukan biasa-biasa! Next level.

Itu saja yang mampu diucapkan saat melihat senarai menu yang disediakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Antara hidangan yang menjadi bualan ramai adalah Udang Galah Bakar Berempah dan Butir Nako.

Untuk yang tidak tahu, Butir Nako itu adalah Butir Nangka. Sejenis hidangan pemanis mulut tradisi dari pantai timur sama juga dengan kuih Lompat Tikam.

Memang sebati dengan Neelofa dan keluarga yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim.

Bagi yang terlepas pandang, #FoodiesLife kongsikan senarai penuh menu di hari bahagia Neelofa dan Haris:

Kudapan Pembuka Selera Sup Sajian Utama Pencuci Mulut
Tahniah Neelofa dan Haris. Selamat pengantin baru!


Kredit Foto: Wedlocx.co​ & Instagram @awalashaari & @shalmaainaa

#Kahwin #Neelofa #Haris #FoodiesLife #Menu Makanan
;