Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#FOODIESLIFE: Tip Mudah Untuk Jadikan Penyediaan Mi Segera Lebih Sihat

Izwan Isa
13/08/2023 15:50 MYT
Mi segera sering diklasifikasikan sebagai makanan yang tidak sihat. Begitupun, sesetengah daripada kita sukar untuk menahan godaan mi segera, khususnya apabila kita tidak mempunyai perancangan untuk memasak atau keluar mencari makanan.

Seperti yang kita tahu, mi merupakan sumber karbohidrat, dan bagi melengkapkan nutrisi harian kita, hidangan mi segera perlu digabungkan dengan sumber protein dan juga sayuran.

"Topping boleh ditambah supaya kandungan nutrisinya seimbang. Protein haiwan dan sayuran boleh ditambah supaya lebih sedap," cadang pakar kulinari Kevindra Prianto Soemantri.

Pelbagai protein boleh dicampurkan ke dalam mi segera, antaranya telur, hirisan ayam atau daging atau makanan laut.

Kevin juga mencadangkan agar protein tambahan itu tidak digoreng supaya kandungan lemak tidak terlalu tinggi.

Sungguhpun nutrien lain telah ditambah, pengambilan mi segera tidak digalakkan untuk tempoh yang terlalu kerap.

"Mana-mana makanan, walaupun yang paling sihat di dunia, jika anda makan terlalu banyak ia tidak baik. Tetapi, jika anda makan sedikit ia tidak akan berfungsi juga. Ia harus seimbang," saran Kevin.

Sumber: Kompas

BACA: #FOODIESLIFE: 3 Kesan Negatif Jika Makan Terlalu Banyak Daging Merah Untuk Mereka Yang Berusia 50 Tahun​

BACA: #FOODIESLIFE: Nak Buat Donut Ala Siti Nurhaliza Tapi Tiada Perkakasan? Ikuti Cara Mudah Ini, Hanya Guna Air Fryer!​

#Mi Segera #FoodiesLife
;