Bila tibanya bulan puasa, antara perkara yang paling ditunggu-tunggu sudah pasti jualan juadah berbuka puasa dan kemeriahan bazar Ramadan.
Namun, tidak kurang juga kemunculan makanan-makanan unik, bertepatan dengan selera tempatan dan juga kedatangan bulan yang mulia ini.
Terbaharu, Kafe Olios berjaya menarik perhatian umum apabila melancarkan pastri croissant eksentrik yang bertemakan makanan ikonik iaitu ketupat.
Mengikut bentuk ketupat, lengkap dengan rona hijau, croissant yang dipanggi ‘Croipat’ itu dijual pada harga RM14 sebiji.
Berbeza
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa teruja mahu mencuba Croipat yang dianggap berbeza daripada croissant lain.

Selain itu, difahamkan Croipat ini mungkin akan dijual sungguhpun bulan Syawal telah berakhir kelak.
Sumber: Kafe Olios, All About Tastes