,
Laman Utama

#FOODIESLIFE: Wanita Ini Tak Sedar Masak Cendawan Beracun, Suami Lemah Longlai Lepas Jamah Lauk Makan Tengah Hari

Izwan Isa
15/07/2023
12:50 MYT

Sepotong video viral di media sosial menyaksikan seorang wanita bercerita mengenai situasi cemas yang dialami selepas memasak cendawan yang dikutip di luar rumah.

Menerusi video yang dikongsikan semula di Twitter itu, wanita berkenaan menjelaskan dia, suami serta anaknya dikejarkan ke hospital gara-gara lauk cendawan yang dimasak untuk makan tengah hari itu rupa-rupanya beracun.
“Semalam aku masak cendawan untuk tengah hari. Lepas makan, korang tahu tak kita anak beranak dikejarkan ke hospital? Tak sangka sangat. Cerita dia suami aku cabut cendawan yang tumbuh tepi rumah. Tak banyak pun, dalam 10 kaki cendawan. “Saya ambil dan buat video macam biasa, konon nak buat content masak-masak. Bila saya teliti cendawan tu, saya tengok dia macam cendawan busuk… Tapi bukan, nampak gebu macam pau, lembut sangat,” katanya.
Menurut wanita berkenaan, cendawan itu mempunyai ‘cincin’ di tengah-tengah batangnya. Sungguhpun ragu-ragu, dia meneruskan juga proses mencuci.
“Saya pun ragu-ragu juga masa ni tapi teruskan, sebab dah lama tak makan cendawan. Saya tengok lain macam cendawan tu… dia ada debu-debu, spora. Saya tertanya, boleh makan ke? Ulat pun tiada masa saya bersihkan. Tapi saya teruskan juga.
“Masa tumis tu, saya letak air sebab nak bagi ada kuah. Waktu mendidih, saya tengok kuah dia berubah warna jadi hijau pucat. Saya cuba rasa… ok, sedap macam cendawan busut.
“Tapi lepas makan tu sakit, saya check Google, sah cendawan tu tak boleh makan, beracun. Suami saya terus suruh buang cendawan tu sebelum anak-anak saya lain makan. Saya panik, suami saya terus lemah longlai, tak boleh memandu. Saya terus telefon ambulans.
“Saya minta tolong dengan kamu semua, kongsi video saya ini, sebarkan. Supaya kita dapat kenal pasti cendawan yang mana boleh makan, yang mana tak boleh makan,” katanya.
Meninjau ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang mendakwa cendawan tersebut sama bentuknya dengan cendawan beracun yang dipanggil False Parasol.
“Bila check video, cendawan ini sama rupanya dengan cendawan beracun False Parasol. Ia akan sebabkan muntah, sakit perut dan cirit.
“Beza ketara, cendawan beracun ini tumbuh di tanah lapang dan cendawan yang tak beracun (agak sama rupa) tumbuh ditempat teduh tersembunyi di hutan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penangan 'Cendawan Ajaib'! Lelaki Kerat Zakar & Simpan Dalam Balang, Doktor Sempat Sambungkan Tapi ...

gempak
01/10/2024
20:55 MYT
Seorang lelaki yang bercuti di Austria dan makan tumbuhan dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’, mengalami gangguan mental sehingga mendorong dia memotong zakarnya dan menyimpan organ tersebut di dalam sebuah balang dipenuhi salji.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Berita

Keropok Beracun: Adik Luth Menyusul Abang Akil Meninggal Dunia

gempak
12/07/2024
09:28 MYT
Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, pada Jumaat.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

gempak
18/02/2024
13:55 MYT
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak
Unitar