Selepas kebenaran rentas negeri diberikan kerajaan kepada rakyat Malaysia, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung.

Lagi-lagi bila terfikirkan tentang makanan lazat yang menjadi treadmark kampung masing-masing.

Bagaimanapun kepada mereka yang gemar makan kerang-kerangan, anda haruslah berhati-hati kerana boleh menyebabkan keracunan makanan.

Malah Public Health Malaysia juga menasihatkan orang ramai supaya tidak memakan kerang-kerangan yang diperoleh dari perairan sungai terutamanya di Pantai Timur.

Public Health Malaysia menerusi kenyataan di akaun Facebook rasmi mereka baru-baru ini.

“Perhatian kepada mereka yang ingin pulang ke kampung terutamanya di pantai timur atau mereka yang berada di sana.

“Jabatan Perikanan Negeri Kelantan telah mengeluarkan amaran tentang untuk tidak memakan kerang-kerangan yang sumbernya daripada kawasan perairan Sungai Geting Tumpat, Kelantan.

“Mengikut kajian, toxin ini biasanya akan berada di dalam kerang-kerangan selama beberapa minggu.

“Gejala keracunan adalah seperti muntah, cirit birit, demam, sakit badan, lumpuh, sawan dan juga kematian.

“Anda disarankan untuk memantau keadaan semasa di Page Jabatan Perikanan Negeri Kelantan bagi mengetahui status semasa,” maklum akaun tersebut.

Jadi kalau boleh elakkan dari makan kerang-kerangan buat sementara waktu untuk keselamatan keluarga anda ya.

Happy holiday korang!

Kredit foto: Bernama dan Google