
Menggunakan varian
Bronco Badlands empat pintu sebagai asas, model konsep ini dilengkapi dengan takal
WARN yang dipasang pada bampar keluli Ford Performance, serta sistem suspensi
High-Performance Off-road Stability Suspension (H.O.S.S.) yang dipadankan dengan damper Bilstein.

Sementara itu, gabungan rim tugas berat Fifteen52 Turbomatic berukuran 17 inci dan tayar
BFGoodrich KM3 pula menjanjikan tahap cengkaman yang tinggi terutamanya apabila melalui kawasan yang licin.

Khas untuk mereka yang sukakan aktiviti berkhemah, Bronco Overland Concept didatangkan dengan
khemah bumbung berjenama Yakima serta dapur kecil pada bahagia belakang yang terdiri daripada peti sejuk mini yang boleh ditarik keluar untuk akses mudah, serta kit memasak dan tungku yang dipasang pada sistem pengurusan kargo.

Bukan itu sahaja, jentera ini juga sesuai untuk mereka yang ingin bermalam di lokasi perkhemahan dengan adanya
bar lampu pada bahagian bumbung, serta enam pod lampu yang disusun dalam konfigurasi 360 darjah. Turut disertakan adalah antena CB untuk memudahkan pemandu mendapat isyarat radio.

Di bawah hud enjin, terdapat enjin
EcoBoost 2.3-liter empat silinder dengan janaan 270hp dan 420Nm. Enjin petrol terbabit dipadankan dengan
transmisi manual tujuh kelajuan.Ford tidak menyatakan jika model konsep akan dihasilkan untuk produksi pasaran massa, namun sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sebagai contoh untuk pemilik Bronco yang mahu meningkatkan potensi jentera mereka.