Hiburan

"Forteen Tak Pernah Bergaduh Dengan Izzue Islam, Kami Masih Akrab" - Ameerais

gempak
Amri Hassan
13/02/2024
05:49 MYT
Sponsor Banner
"Forteen Tak Pernah Bergaduh Dengan Izzue Islam, Kami Masih Akrab" - Ameerais
Anggota kumpulan trio Forteen, Ameerais menafikan wujud pergeseran dengan penyanyi dan pengacara Izzue Islam.

BERITA TRENDING: “Dari Awal Tak Layak Bersama, Suara Saya Tak Sehebat Mereka” – Izzue Islam

Kata Ameerais, biarpun sudah berpecah, mereka masih menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain dan masih bertemu di luar konteks kerja.
"Tidak pernah ada masalah antara Forteen dengan Izzue. Siapa yang sentiasa mengikuti kami, mereka pasti tahu yang kami tiada langsung masalah dengan Izzue.
"Kami dari dulu masih baik, tiada ura-ura kami bergaduh.
"Hubungan kami memang akrab, tidak perlu kami tunjukkan dalam sosial media. Akan ada masa kami keluar makan bersama dan lepak," katanya kepada Gempak.
Tambah Ameerais, buktinya mereka bersetuju untuk berkolaborasi menerusi single terbaharu berjudul Noktah Epilog Cinta.
"Idea untuk buat projek ini sudah lama, tidak silap saya sejak awal tahun lalu. Sebab sudah lama tidak keluarkan single. Jadi kiranya ini masa terbaik untuk buat kemunculan semula.
"Ketika berbincang sesama Forteen, rasa tak lengkap kalau hanya bertiga, jadi kami ajak Izzue Islam sekali untuk jayakan projek ini. Dia pun setuju dan berminat, kami lakukan ini semua demi peminat. Alhamdulillah syukur.
"Semua sedia maklum, Izzue sudah buat haluan dia dan tidak bersama Forteen lagi. Nama tidak penting, yang menjadi keutamaan adalah keberadaan kami berempat," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Forteen dan Izzue Islam berkongsi pentas mengadakan persembahan bersama ketika di pentas Gegar Vaganza beberapa tahun lalu sebelum berpecah.

PILIHAN PEMBACA: “Kami Pulaukan Izzue Islam? Kami Tak Diberikan Ruang Untuk Bercakap...” - Forteen

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live