Anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, Daesung dan Taeyang telah menamatkan latihan khidmat ketenteraan mereka pada Ahad.

Upacara penamatan perkhidmatan Daesung dan Taeyang telah berlangsung di Pusat Operasi Tentera Darat di Yongsan, Seoul, Korea.

Walaupun agensi mereka, YG Entertainment meminta peminat tidak hadir di hari pelepasan itu namun acara yang dinantikan itu tetap dihadiri mereka.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi Daesung yang tidak dapat menyembunyikan keseronokannya sebaik sahaja tiba di acara tersebut.

Dengan gaya yang lucu dan wajah penuh gembira, Daesung membuat gaya sorakan ‘yeay!’ sambil mengangkat kedua belah tanggannya.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto reaksi Daesung sebaik sahaja tiba di acara berkenaan.












Sumber: Instagram / twitter