Laman Utama

[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga

Mya Amri
08/02/2023
16:00 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof menyatakan rasa syukur selepas isterinya, Aisyeah Zainal selamat bersalin anak ketiga.
Berita gembira itu dikongsi Syafiq menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Syafiq juga turut mengumumkan nama dan mendedahkan wajah putera pertamanya.
"Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Anak ketiga, anak lelaki pertama, Muhamad Nu'Aiman Muhamad Syafiq," tulisnya ringkas.
Sementara itu, isterinya juga berkongsi makna di sebalik pemilihan nama anak ketiga mereka.
“Allah SWT memberi piniaman tenaga dan kenikmatan melahirkan seorang lagi cahaya mata daripada rahim ini secara normal.
“Muhamad Nu'Aiman Muhamad Syafiq lahir pada tarikh 8/2/2023, pukul 8.18 pagi dan merupa cucu ke-8 untuk mama @dpatimah012 dan papa.
“Cucu lelaki pertama untuk ummi @wannoni050161 dan arwah baba), baby boy sado ibu ayah berat 4.03 kg.
“Kenapa Nu'Aiman kerana Ibu kagum dengan kisahnya, seorang sahabat dicintai Rasullah SAW dan mencintai Rasullah SAW.
“Sahabat Rasulullah SAW yang sentiasa membuat baginda gembira dan tersenyum sehingga keliang lahatnya.
“Semoga Muhamad Nu'Aiman Bin Muhamad Syafiq sentiasa mengembirakan ibu dan ayah dan orang sekeliling sehingga ke penghuiung hayat kami” kongsinya di akaun Instagram.
Terdahulu, Syafiq berkahwin dengan Aisyeah pada 5 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharifah Amani Selamat Bersalin, Pilih Nama Klasik Untuk Anak - “Meet Our Little One Ahmed Mohsein”

gempak
28/06/2024
09:39 MYT
Suami kepada pelakon, Sharifah Amani iaitu Ahmed Faris Amir mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka.
Filem

Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

gempak
26/06/2024
09:29 MYT
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!
Viral

Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin, Muka Anak Calar Terkena Alat Pecah Ketuban - “Syukur Tak Kena Mata, Tapi Hampir Ya”

gempak
06/06/2024
01:30 MYT
Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila peralatan untuk memecahkan air ketuban terkena pada bayi di dalam kandungannya.
Hiburan

Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Tengah Rehat…”

gempak
05/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mona Allen memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.