Laman Utama
FOTO: Badan Makin Fit! Ismail Izzani Nampak Lebih kacak – “Berat Bertambah Buat Saya Lebih Yakin”
Perubahan bentuk badan penyanyi Ismail Izzani yang semakin ‘sado’ menjadi perhatian peminat.
Menerusi ruangan IG Story akaun Instagram miliknya, Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mail berkongsi foto-foto transfomasi dirinya.
Menurut Mail, dia begitu gembira kerana berjaya mengamalkan gaya hidup sihat selain melakukan senaman yang dapat memberikan kesan baik untuk tubuh badan.
“Secara jujurnya pertambahan berat badan benar-benar memberikan saya keyakinan dan juga mengamalkan gaya hidup sihat.
“Pergi ke gym atau melakukan senaman bukan bermaksud anda mahu menjadi sado. Segalanya terpulang kepada anda.
“Pilih matlamat anda dan jadikannya kenyataan. Tidak mengapa kalau ia mengambil masa. Setiap kemajuan memerlukan masa,” coretnya.
Sebelum ini, Ismail pernah mengakui dia sedang mengawal pemakanan dan rajin bersenam supaya tidak kelihatan terlalu kurus.
Mail juga melakukan perubahan bukan kerana dipaksa sebaliknya atas kesedaran sendiri.
Must-Watch Video