Penyanyi dan pelakon Naim Daniel mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik foto berdua bersama Iman Troye.

Menerusi laman sosial Instagram, Naim berkongsi foto tersebut dan disertai dengan kapsyen emoji berbentuk hati.

Dalam hantaran yang berbeza, Iman turut berkongsi sebuah video tarian TikTok bersama Naim dengan mengenakan pakaian sedondon bewarna putih.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)


“With abang sayang,” tulis Iman menerusi ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikutnya hampir patah hati apabila melihat foto tersebut meski pun kedua-duanya tidak mengumumkan sebarang bibit-bibit cinta antara mereka.

“Aku unfollow je la Naim ni. Dahlah aku single sebab tunggu dia,” rajuk seorang wargamaya.

“Wey Iman ke? Huaa janganlah Iman, aku tak suka,” komen seorang wargamaya.

“Iman jangan kacau crush aku please,” kata seorang wargamaya.

“How to unseen this,” tulis seorang wargamaya.

“Ada bau-bau nasi minyak lah bang,” usik seorang wargamaya.

“Ermm adalah saya bakal dikecewakan,” tanya seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 80,000 tanda suka daripada wargamaya.

Manakala video tarian Iman dan Naim telah mencecah lebih 800,000 tontonan.