Foto Bunga Citra Lestari Berbikini Di Hawaii Cetus Sensasi Netizen

Amri Hassan
Disember 31, 2018 04:28 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mencetuskan sensasi di media sosial apabila memuat naik gambarnya dalam bentuk siluet sedang berbikini di pantai Waikiki, Hawaii.
Gambar yang telah dimuat naik sejak semalam itu telah mendapat lebih 2,000 komen netizen yang tidak senang melihatnya memaparkan aksi sedemikian.
"Early evening at the beach," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.
Tidak cukup kecaman bersifat peribadi, ada antara pengguna yang 'menyekolahkan' suami Bunga, pelakon Ashraf Sinclair agar menjaga aurat isterinya.
Bagaimanapun, pasangan itu enggan melayan komen sedemikian dan masih meneruskan dengan aktiviti percutian mereka.
Percutian itu turut disertai anak tunggal pasangan itu, Noah Sinclair.
Bagaimanapun, tidak semua komen yang ditulis pada gambar terbabit berbaur kecaman dan sindiran, ada juga antara peminat setianya yang menyelar komen-komen negatif itu.
Bagi mereka, pakaian yang dipakai Bunga sekeluarga bersesuaian dengan tempat dan masa.
Apa pula komen anda?
#Viral #Bunga Citra Lestari #Indonesia #Ashraf Sinclair #Viral