Laman Utama

Foto Di ‘Superimposed’ Datuk Awie Bagi Amaran Kepada Syarikat Produk Kesihatan! – “Dah 2021 Pun Masih Ada Yang Buat Kerja Macam Ni…”

gempak
Fiza Kamarudin
20/01/2021
09:41 MYT
Sponsor Banner
Foto Di ‘Superimposed’ Datuk Awie Bagi Amaran Kepada Syarikat Produk Kesihatan! – “Dah 2021 Pun Masih Ada Yang Buat Kerja Macam Ni…”
Penyanyi, pelakon dan penerbit Datuk Awie kecewa apabila fotonya disalah guna sebuah syarikat menjual produk kesihatan hanya untuk meraih keuntungan.
Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, beliau kesal kerana ejen daripada syarikat tersebut menggunakan fotonya untuk mempromosikan produk seolah-olah dia pengguna produk tersebut iaitu AG Cera Nutrition.
Lebih mengecewakan lagi apabila foto tersebut yang dikongsi dan ditularkan agen syarikat terbabit di media sosial sudah di sunting (superimposed).
“Sudah masuk tahun 2021 pun masih ada pihak yang menangguk di air keruh menggunakan orang lain untuk meraih keuntungan.
“Saya tidak pernah menggunakan produk tersebut, membeli, menjadi duta atau dilantik sebagai duta syarikat mereka.
“Saya juga tidak pernah bergambar dengan produk mereka seperti yang tular di media sosial dan dimuatnaik oleh ejen-ejen mereka.
“Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebuah syarikat besar sepatutnya mengawal ejen-ejen mereka daripada melakukan kesalahan seperti ini,” katanya.
Ketika ditanya samada tindakan akan diambil terhadap AG Nutrition International berserta ejen mereka kerana menggunakan fotonya tanpa kebenaran, Awie berkata surat tuntutan telah dihantar menerusi peguam Tetuan Adnan Sharida & Associates.
“Saya telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya gambar yang dimuat naik dipadam oleh pihak mereka. Datuk Awie bersama peguam Tetuan Adnan Sharida & Associates, En Adnan Seman dan Puan Azreen Azmi.
“Saya terpaksa bertegas kerana tidak mahu orang ramai tertipu dan memberi peringatan kepada semua selebriti Malaysia agar tidak terkena dengan ejen yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya.
Dalam pada itu, peguam Awie, Adnan Seman memberitahu memang terdapat banyak bukti yang menunjukkan gambar anak guamnya telah disalahguna.
Menurutnya, satu surat tuntutan daripada pihak Awie telah dihantar kepada syarikat berkenaan pada 6 Januari lalu.
“Antara tuntutan yang dikemukakan adalah meminta supaya syarikat berkenaan dan ejen-ejennya membuang dan tidak lagi menggunakan gambar-gambar tersebut dalam tempoh masa tujuh hari.
“Bagaimanapun, pihak mereka telah membalas surat tuntutan tersebut pada 13 Januari dan menafikan mereka melakukan kesalahan tersebut,” jelasnya.
Adnan berkata sekiranya tiada sebarang tindakan diambil, dia akan berbincang dengan Awie sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live