Walaupun filem ‘live action’ Disney Mulan mendapat kritikan dan menjadi buah mulut netizen, kecantikan pelakon lagak ngeri yang melakonkan aksi berperang Mulan mendapat pujian.

Pelakon lagak ngeri yang dikenali sebagai Liu Yaxi ini merupakan ‘double stunt’ bagi aktres utama yang membawa watak Mulan Liu Yifei.



Yaxi mula mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi foto-foto memakai kostum Mulan ketika berada di set penggambaran.

Dia juga sering memuat naik video-video ketika latihan seni mempertahankan diri serta lagak-lagak ngeri yang dipersembahkan untuk tatapan umum.

Malah, lebih membanggakan apabila dia turut berkongsi sekeping foto tangkapan skrin yang memaparkan penghargaan kredit akhir filem tersebut yang tertera namanya sebagai ‘Mulan’s Stunt Double’.



Memetik laporan portal Today, walaupun pelakon asal Liu Yifei melakukan hampir 90% aksi lagak ngeri dalam filem tersebut, Yaxi melakonkan lebihan 10% aksi merbahaya.

Yaxi yang merupakan artis profesional seni mempertahankan diri turut mempertahankan Yifei apabila ada aktres asal China itu menerima kecaman kerana mempunyai ‘double stunt’.

“Seni mempertahankan diri adalah merbahaya. Dan penggunaan ‘double stunt’ tidak boleh dielakkan kerana untuk meletakkan pelakon asal untuk melakonkan sesuatu lagak ngeri itu cukup berisiko,” jelasnya lagi.