Gaya Hidup
[FOTO] Francisca Luhong Dinobat Miss Universe Malaysia 2020! Semak 5 Trivia Menarik Tentang Jelitawan Sarawak Ini
Jelitawan kelahiran bumi kenyalang, Francisca James Luhong dinobatkan sebagai Miss Universe 2020.
Francisca, 25, berasal dari Kuching, Sarawak menewaskan 17 peserta lain untuk melayakkan dirinya mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2020 kelak.
Pada acara yang berlangsung Sabtu lalu, Francisca yang mengenakan gaun merah jambu rekaan Rizman Ruzaini berjaya mengetepikan saingan hebat daripada tiga peserta peringkat akhir iaitu Neha Verma, Serene Chai dan Charissa Chong.
Advertisement
Berikut lima trivia menarik tentang Francisca:
1. Bapanya, James Bungan merupakan keturunan Orang Ulu dari Ulu Sungai Asap manakala ibunya, Pauline Japok dari keturunan Iban di Kanowit.
2. Francisca sebelum ini pernah menyertai Miss World Malaysia 2018 (Top 5) dan Miss Cultural Harvest Festival 2015 (tempat ke-3).
3. Berketinggian 178 cm dan merupakan pelajar jurusan Komunikasi yang kini bertugas sebagai pegawai perhubungan awam.
4. Turut mempunyai bakat dalam bidang tarian.
5. Jika menang Miss Universe 2020, Francisca berhajat untuk bertemu dengan Oprah Winfrey dan Michelle Obama.
Francisca dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 oleh Shweta Sekhon yang merupakan Miss Universe Malaysia 2019.
Kali terakhir acara ini dimenangi anak Bumi Kenyalang pada 2007 menerusi Adelaine Chin Ai Nee.
Francisca bakal mewakili negara dalam pertandingan Miss Universe 2020 yang masih belum diumumkan lokasi, tarikh, dan butiran lain.
Must-Watch Video